Harian Metro

150 tahun tunggu geran

- Mohd Izham Unnip Abdullah news@nstp.com.my

Selepas sekian lama menunggu untuk mendapatka­n geran tanah, lebih 1,000 penduduk empat kampung, di sini, akhirnya menerima dokumen berkenaan sebagai bukti pemilikan tanah adat yang mereka duduki.

Ia tercapai menerusi Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dilaksanak­an Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah di Kampung Lokos, Nulu, Tiong Ratau dan Tiong Simpodon yang dilaksanak­an sejak Februari 2015.

Lebih bermakna, geran berstatus anak negeri (NT) itu disampaika­n Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada majlis penyerahan geran PANTAS di sini, sempena lawatannya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, semalam.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah JTU, Datuk Safar Untong. Bagi penerima, tiada yang lebih bermakna selain pengesahan pemilikan tanah menerusi pemberian geran terbabit yang disifatkan sebagai harta paling berharga untuk diwariskan kepada anak dan cucu.

Ketua Kampung Nulu, Samin Sikir, 65, berkata, walaupun sudah lama menduduki tanah dan menganggap­nya sebagai milik sendiri, namun ketiadaan dokumen pemilikan masih merisaukan khususnya kepada pewaris mereka.

“Di Kampung Nulu, selepas 150 tahun menduduki tanah tempat kami tinggal, akhirnya kami menerima geran. Kami bersyukur kerana penantian sejak sekian lama menjadi kenyataan,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Lokos, Patrick Yanggau, 46, berkata, pelaksanaa­n PANTAS membolehka­n masalah permohonan tanah yang dialami penduduk diatasi segera.

“Banyak masalah dihadapi penduduk sebelum ini, malah keluarga saya sendiri lebih 30 tahun memohon tanah yang kami usahakan tetapi tidak diluluskan kerana kecerunan tanah melebihi 25 darjah dianggap tidak sesuai diteroka.

“Melalui PANTAS, dalam tempoh dua tahun kami berjaya mewujudkan kawasan penggunaan tanah kampung dan melaksanak­an peraturan penjagaan hutan sebelum tanah diukur dan geran diluluskan,” katanya. Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir semalam, dilanjutka­n sehingga 22 Mac ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, peraturan itu dikuatkuas­akan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Berikutan itu, beliau mengingatk­an orang ramai di daerah terbabit supaya tidak berada di lokasi yang diisytihar­kan sebagai kawasan perintah berkurung.

“Keperluan meneruskan perintah berkurung selama tempoh dua minggu bagi fasa ke-84 di perairan terbabit adalah bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa, selain pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

“Ini kerana maklumat mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Kami juga mahu menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

 Penduduk 4 kampung syukur terima dokumen bukti pemilikan tanah adat

 ??  ?? MUSA menyerahka­n geran tanah kepada penduduk pada Majlis Mesra dan Penyerahan Geran Tanah di Kiulu, semalam.
MUSA menyerahka­n geran tanah kepada penduduk pada Majlis Mesra dan Penyerahan Geran Tanah di Kiulu, semalam.
 ?? Ramli Din ?? Kami juga mahu menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah”
Ramli Din Kami juga mahu menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia