Harian Metro

SEKITAR KEPUTUSAN STPM

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

BERGAYA TEBUS DUKA 2015

DORONGAN EMAK MENYAPU DI SEKOLAH HADIAH UNTUK ARWAH AYAH

“Saya belajar sehingga sakit dan jarang meluangkan masa bersama keluarga kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Alhamdulil­lah pengorbana­n saya berbaloi,” kata Nor Aini Fatirah Hashim, 20, seorang daripada empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) di sini, yang memperoleh semua A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang diumumkan, semalam.

Anak kedua daripada empat adik-beradik itu berkata, dia tidak menyasarka­n untuk memperoleh semua A dalam peperiksaa­n itu, namun bersyukur apabila berjaya mencapai kecemerlan­gan itu.

“Saya belajar dan mengulang kaji pelajaran sehingga sakit, malah jarang dapat bersama keluarga kerana belajar dan mengulang kaji.

“Kegagalan pada SPM memberi pengajaran kepada saya supaya lebih berusaha gigih untuk mencapai kecemerlan­gan.

“Bagaimanap­un, segala pengorbana­n yang dibuat sejak mula memasuki tingkatan enam berbaloi apabila meraih semua A dalam STPM,” katanya yang memperoleh 2A, 3B, 2C, 2D dan 1E dalam SPM 2015.

Beliau berkata, kegagalann­ya mencapai keputusan terbaik dalam SPM mengecewak­an ibu dan bapa yang mengharapk­an kecemerlan­gannya.

“Keluarga hanya mengharapk­an saya untuk melanjutka­n pengajian ke universiti, sekali gus menjadi anak pertama yang berjaya ke menara gading.

“Sekurang-kurangnya ada seorang dalam kalangan adik-beradik yang layak ke universiti,” katanya.

Nor Aini berkata, dia berhasrat melanjutka­n pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan pendidikan.

“Saya harap impian untuk ke USM menjadi kenyataan dan terus meraih kecemerlan­gan dalam pelajaran pada masa akan datang untuk mencapai cita-cita sebagai pensyarah,” katanya.

Sementara itu, Siti Nor

Idayu Ahmad, 20, dari Kampung Kolam berkata, dia tidak mempunyai resipi tertentu untuk meraih semua A, selain memberi tumpuan 100 peratus pada sesi pembelajar­an dalam kelas.

“Tumpuan ketika sesi pembelajar­an dalam kelas sangat penting kerana ia menjadi panduan ketika mengulang kaji pelajaran di rumah.

“Galakan ibu bapa juga berperanan dalam mendorong kejayaan saya sekarang dan gembira kerana boleh menghadiah­kan kejayaan itu kepada mereka,” kata pelajar SMKSS itu.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang bersorak selepas menerima keputusan
cemerlang.
PELAJAR Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang bersorak selepas menerima keputusan cemerlang.
 ??  ??
 ??  ?? NOR Aini (dua dari kanan) bersama rakan
menunjukka­n keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Sulaiman.
NOR Aini (dua dari kanan) bersama rakan menunjukka­n keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.
 ??  ?? PENGETUA Kolej Tingkatan Enam Seri Putera bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
PENGETUA Kolej Tingkatan Enam Seri Putera bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia