Harian Metro

KUCING KAMPUNG TETAP CANTIK

 Pemilik bangga kucing kampung dipelihara rangkul pelbagai anugerah

- Siti Rohana Idris news@nstp.com.my

Siapa sangka kucing kampung turut memiliki nilai estetika dan mampu bersaing dengan kucing kacukan termasuk spesis eksotik lain.

Sekali pandang kucing dipanggil Mag Glory persis kucing kacuk jenis bulu pendek kerana kegebuan bulunya namun kucing yang berusia setahun setengah itu daripada baka kucing kampung yang dimiliki Norrianie Mat Tahar, 40.

Sebelum kelahiran Mag Glory, Norrianie terlebih dulu memiliki beberapa kucing kampung yang dibela kerana hobi dan sukakan haiwan peliharaan itu, malah pernah menyertai pertanding­an kucing membabitka­n kucing spesies lain.

“Bagi kucing kampung pula saya belum ada keberanian namun diyakinkan seorang

kenalan, saya cuba mengkatego­ri hantar seekor kucing kampung untuk menyertai pertanding­an dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Sebaik kelahiran Mag Glory, saya terus membuat penjagaan rapi dan melatihnya kerana melihat kucing ini ada potensi bertanding, malah ia mula menyertai pertanding­an seawal usia lima bulan apabila dinobatkan sebagai Best Kitten,” katanya ketika ditemui di KB Kelantan Fun Cat Show, di sini.

Katanya, selepas itu Mag Glory sering meraih kemenangan, malah pencapaian­nya bukan saja di sekitar Kelantan tetapi di negeri luar.

Melihat nasib yang selalu menyebelah­i Mag Glory, Norrianie tidak menafikan ada menerima maklum balas negatif pemilik kucing lain yang menyangka penyertaan Mag Glory seakan-akan menutup peluang kucing lain untuk menang.

“Ada yang kata apabila ada Mag Glory, memang tiada peluang kucing lain menang, tapi bagi saya itu semua rezeki kerana kita tidak tahu apa yang berlaku semasa hari pertanding­an. Kucing pun ada mood masing-masing dan ia membabitka­n persembaha­n,” katanya.

Dalam pertanding­an dianjurkan Kelab Pemilik Kucing Kelantan (KCOC) itu, Mag Glory merangkul tempat kedua kategori kucing kampung.

Seramai 81 pemilik kucing menyertai pertanding­an kali ketiga yang mempertaru­hkan 156 kucing untuk lima iaitu bulu panjang dewasa, bulu pendek dewasa, anak kucing bulu panjang, anak kucing bulu pendek serta kampung.

Melihat potensi dalam bidang penjagaan kucing, Norrianie turut menjalanka­n perkhidmat­an menghasilk­an dan menjual baka berserta sijil untuk spesies Bengal, British Shorthair dan kampung.

“Buat masa ini, saya mempunyai 15 kucing Bengal, British Shorthair dan kampung untuk dijadikan baka sebelum dijual.

“Harga jualan serendah RM3,500 hingga RM5,000 bergantung kepada jenis kucing,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORRIANIE menunjukka­n kucingnya, Mag Glory.
NORRIANIE menunjukka­n kucingnya, Mag Glory.
 ??  ?? WANG Tong Ching, 36, menunjukka­n kucing kampung yang bernama Shery dan Mimi.
WANG Tong Ching, 36, menunjukka­n kucing kampung yang bernama Shery dan Mimi.
 ??  ?? PANEL juri menguji kucing yang menyertai pertanding­an.
PANEL juri menguji kucing yang menyertai pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia