Harian Metro

BIAR DI LOKAP

 Suami Ziana Zain dituduh menyebabka­n anak lelaki luka dan lebam

- Norrasyida­h Arshad, Syafil Syazwan Jefri dan Syarrizuan Abdul Rashid news@nstp.com.my Shah Alam

> Suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederak­an anak lelakinya terpaksa menghuni lokap Penjara Sungai Buloh selepas gagal membayar wang jaminan RM5,000 di Mahkamah Majistret

Shah Alam, semalam. Armin yang tidak bekerja dituduh menyebabka­n luka dan lebam terhadap mangsa di rumahnya kira-kira jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Ini terlalu peribadi. Beri saya

ruang Saya tidak dera, saya ajar mengaji tapi dia bebal

Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas pertuduhan mencederak­an anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Armin, 53, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Di hujung pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengendali­kan kes menawarkan ikat jamin tertuduh RM10,000.

Raja Noor Adilla menurunkan jumlah jaminan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin, namun Armin gagal menyediaka­n wang jaminan menyebabka­n dia ditahan di lokap Penjara Sungai Buloh.

Mengikut pertuduhan, Armin yang kini tidak bekerja didakwa menyebabka­n luka dan lebam terhadap seorang anaknya menggunaka­n rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam di sini, jam 4 pagi, 25 Februari lalu. Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Armin yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memaklumka­n perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggun­gjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantar­nya ke hospital,” katanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 April depan.

Difahamkan, laporan polis dibuat Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniaka­n empat cahaya mata berusia antara 9 hingga 19 tahun termasuk pasangan kembar.

FAKTA Armin gagal sediakan

wang jaminan menyebabka­n dia ditahan di lokap

 ??  ??
 ??  ?? ARMIN dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
ARMIN dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia