Harian Metro

DADAH BUDAK SEKOLAH

 Ekstasi dicampur perisa minuman taktik terbaru sindiket edar dadah

- Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Dadah jenis ekstasi dicampur serbuk perisa epal dan mangga khusus untuk golongan muda termasuk pelajar sekolah.

Itu taktik terbaru sindiket pengedaran dadah yang dibongkar polis selepas menahan seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita warga Vietnam susulan serbuan di sebuah rumah di Pandan Indah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata, suspek lelaki yang ditahan berusia 40-an manakala dua wanita warga asing itu berusia 20-an dan 60-an.

Menurutnya, suspek ditahan bersama 65 paket aluminium dan plastik mengandung­i serbuk ekstasi dan ketamin yang dianggarka­n seberat lima kilogram bernilai RM513,330.

“Turut dirampas dadah jenis ganja, satu alat pengisar dan satu set lesung batu yang digunakan untuk memproses dadah.

“Polis mengesyaki suspek menjalanka­n operasi memproses dadah itu di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, semalam.

Beliau berkata, dadah itu dicampur bersama serbuk berperisa buah-buahan bertujuan menarik minat golongan muda terutama pelajar sekolah.

“Suspek menggunaka­n peket kecil dilekat gambar buah mangga dan pepatung untuk mengaburi kegiatan mereka. Setiap paket dicampur ekstasi atau ketamin itu dijual semurah RM30 hingga RM70 setiap satu.

“Suspek yang ditangkap direman tujuh hari sehingga Isnin hadapan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, Hamzah berkata, pihaknya menahan 10 warga tempatan di sebuah rumah di Pandan Indah di sini, kelmarin.

Menurutnya, lapan lelaki dan dua wanita ditahan bersama 16 paket plastik dan aluminium mengandung­i air ketum, daun ketum dan pil Eramin 5.

“Anggaran rampasan dadah RM790. Suspek direman selama tiga hari bermula semalam,” katanya.

 ?? >6 ??
>6
 ??  ?? HAMZAH menunjukka­n dadah serbuk jenis ekstasi berperisa buah-buahan yang berjaya dirampas pada sidang media di IPD Ampang Jaya, semalam.
HAMZAH menunjukka­n dadah serbuk jenis ekstasi berperisa buah-buahan yang berjaya dirampas pada sidang media di IPD Ampang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia