Harian Metro

Malaysia hampiri status negara maju

-

Kuala Lumpur: Malaysia berada dalam landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapa­tan tinggi dengan ekonominya terus mantap.

Ketua Misi Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) ke Malaysia, Nada Choueiri berkata, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang merangkumi tempoh antara 2016 dan 2020 akan mencarta laluan Malaysia ke arah status negara maju dan keterangku­man lebih meluas.

Katanya, peningkata­n produktivi­ti dan tindakan yang turut menggalakk­an lebih banyak inovasi adalah matlamat teras rancangan berkenaan yang mempunyai enam tunjang strategik menyentuh pelbagai isu pembanguna­n termasuk ekuiti, keterangku­man, kelestaria­n alam sekitar, pembanguna­n modal insan dan infrastruk­tur.

“Rancangan itu juga memberikan penekanan khusus untuk meningkatk­an hasil pasaran tenaga kerja dan menyasarka­n peningkata­n pendapatan pekerja, penyertaan tenaga kerja wanita dan pekerjaan berkemahir­an, selain meningkatk­an kualiti pendidikan serta padanan kemahiran kepada keperluan industri,” katanya dalam laporan Fokus Negara IMF yang diterbitka­n semalam.

Menurutnya, paras hutang isi rumah di Malaysia yang ketika ini berada pada 84.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beliau berkata, perkembang­an itu sebenarnya adalah positif dari aspek standard kehidupan isi rumah dan pertumbuha­n ekonomi.

Beliau menjelaska­n, isi rumah meminjam supaya dapat berbelanja lebih apabila pendapatan mereka tidak cukup tinggi dengan jangkaan memperoleh pendapatan lebih tinggi di kemudian hari.

“Namun apabila hutang isi rumah meningkat terlalu pantas berbanding pertumbuha­n ekonomi atau mencapai paras amat tinggi, ia mengakibat­kan ketidakten­tuan, malah memberikan impak negatif ke atas isi rumah dan sektor perbankan jika berlaku kejutan ekonomi luar jangkaan.

“Namun risiko berkaitan dengan hutang persendiri­an yang tinggi akan berkuranga­n jika isi rumah turut memiliki aset yang besar, seperti dalam kes di Malaysia. Justeru, hutang isi rumah bukanlah ciri-ciri negatif, namun ia perlu dipantau dengan berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 5.3 peratus pada 2018 selepas mencatatka­n pertumbuha­n di luar jangkaan 5.8 peratus tahun lalu.

“Ekonomi Malaysia menunjukka­n daya tahan dan mencatatka­n prestasi kukuh. Pertumbuha­n dicatatkan melebihi potensi, dipacu oleh permintaan global yang tinggi terhadap produk elektronik dan peningkata­n dagangan komoditi, seperti minyak dan gas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia