Harian Metro

‘Berani buat, berani tanggung’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pakar beregu negara, Datuk Seri Jalani Sidek berpendapa­t dua pemain yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan perlu menerima sebarang hukuman yang dikenakan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) jika didapati bersalah.

Beliau, berkata andai kedua-dua mahu mencabar keputusan berkenaan dan mengheret kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), ia hanya membuang masa dan menelan belanja yang tinggi.

“Mereka perlu terima apa saja keputusan atau hukuman yang dikenakan jika didapati bersalah. Inilah akibat atau risiko yang mereka perlu hadapi apabila membabitka­n diri dengan kegiatan mengatur perlawanan, jadikan perkara ini sebagai iktibar.

“Mengapa perlu membuang masa dan mengeluark­an perbelanja­an yang tinggi bagi membawa kes ke CAS. Lagipun, saya percaya BWF sememangny­a mempunyai bukti yang kukuh sebelum mereka mengadakan sesi pendengara­n.

“Tidak mungkin BWF bertindak tanpa bukti yang kukuh. Secara peribadi saya merasakan mereka perlu terima saja sebarang keputusan,” kata Jalani ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, BWF sudah menerima laporan penuh daripada tiga panel bebas yang dilantik badan induk itu bagi sesi pendengara­n yang dijalankan di Singapura pada 26 dan 27 Februari lalu dan kini di peringkat akhir sebelum mengumumka­n keputusan.

Kedua-dua pemain yang disyaki itu berdepan enam pertuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara tahun 2013 hingga 2016.

Ada benarnya apa yang diperkatak­an Jalani yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992 bersama Razif Sidek kerana kos bagi membawa kes ke CAS yang berpangkal­an di Lausanne, Switzerlan­d adalah sangat tinggi.

Menerusi laman web rasmi CAS, yuran pentadbira­n boleh dikenakan bermula dari

100 Swiss franc

(RM414) sehingga

25,000

Swiss franc

(RM103,380), bergantung kepada pertikaian kes yang dibawa.

Yuran dan kos penghakima­n pula bermula dari 300 Swiss franc (RM1,240) sehingga 500 Swiss franc (RM2,067) dan ia ditetapkan oleh Setiausaha Agung CAS.

Hakim yang dilantik bagi mengadili kes boleh juga mengemukak­an tuntutan perjalanan (sama ada menaiki kapal terbang, kereta api atau kereta, selain penginapan dan makanan.

Walaupun BWF masih tidak mendedahka­n nama kedua-dua pemain yang disyaki itu, namun kelibat bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang dilihat sepanjang dua hari sesi pendengara­n itu berlangsun­g.

 ??  ?? JALANI
JALANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia