Harian Metro

Promosi lagu di Instagram

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Memiliki jumlah pengikut ramai di Instagram sebelum bergelar artis menjadi bonus buat penyanyi muda Adly Sofwan yang kini mula dikenali menerusi single sulungnya, Sahabat.

“Alhamdulil­lah, itu sedikit sebanyak membantu saya mempromosi­kan single sulung berjudul Sahabat.

“Sehingga kini, sudah ada lebih 77,000 pengikut di Istagram,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 18 tahun itu, kehadirann­ya dalam industri juga sedikit sebanyak dibantu media sosial seperti Instagram dan YouTube.

“Instagram menjadi platform saya untuk mempromosi­kan single ini. Ada beberapa rakan dan pengikut yang merakamkan ‘cover’ lagu ini dan ia sangat membantu,” katanya.

Di YouTube, video lirik lagu ciptaan Haqiem Rusli ini ditonton lebih 100,000 pelayar sejak dimuat naik pada 31 Disember lalu.

“Alhamdulil­lah, melihat angka itu, saya anggap itu sebagai pencapaian buat diri sendiri. Apatah lagi saya masih baru dalam bidang ini,” katanya.

Berkawan rapat dengan beberapa penyanyi generasi baru antaranya Haqiem Rusli dan Ismail Izzani, Adly mengakui menerima banyak nasihat daripada mereka.

“Mereka banyak berkongsi ilmu dengan saya. Antara pesanan mereka adalah, selepas dikenali saya perlu sedar dan faham privasi mungkin terhad dan perlu berkongsi dengan peminat.

“Selain itu, mereka juga berpesan supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana tak mahu ada kesan buruk terhadap kerjaya,” katanya.

Bagi memantapka­n lagi kemampuann­ya dalam bidang nyanyian, Adly yang bernaung di bawah label Arteffects Records merancang menyertai kelas vokal.

“Insya-Allah, itu memang ada dalam perancanga­n dan akan direalisas­ikan. Saya akan menyertai kelas vokal kelolaan penyanyi Mark Adam,” katanya.

Selain terbabit secara langsung dengan muzik, Adly juga turut bergiat aktif sebagai usahawan muda.

“Saya seorang anggota

Pertubuhan Usahawan Muda yang bertanggun­gjawab mempromosi­kan dunia bisnes kepada golongan muda. Selain saya, ramai rakan artis turut serta.

“Menjelang 18 Mac, kami akan menganjurk­an satu karnival yang akan diumumkan kelak,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia