Harian Metro

Bunga segar lebih memikat

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tidak semua individu dianugerah­kan bakat dan minat dalam seni gubahan. Mungkin ia dianggap satu perkara yang melecehkan kerana memerlukan kesabaran serta kreativiti tinggi untuk menghasilk­an satu gubahan yang cantik.

Dalam masa sama, menghasilk­an gubahan bunga meja, sirih junjung atau hantaran ternyata bukan perkara mudah yang boleh dilakukan semua individu. Ada yang meminati aktiviti ini namun tidak mempunyai idea dan bakat.

Mungkin pada mereka, gubahan sirih junjung atau bunga meja lebih sesuai dilakukan golongan berusia kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran tersendiri.

Namun, hakikatnya menghasilk­an gubahan itu sama seperti gubahan lain dan boleh dilakukan sesiapa saja asalkan mempunyai minat dan kreativiti.

Menurut Liz Muhammad, menghasilk­an satu gubahan memerlukan ketelitian dan kemahuan diri sendiri tanpa sebarang paksaan.

“Tidak apa sekiranya tidak kreatif asalkan ada keinginan untuk menghasilk­an gubahan kerana semuanya boleh belajar.

“Tidak rugi jika mempunyai kemahiran menggubah kerana permintaan untuk gubahan ini amat menggalakk­an disebabkan tidak semua individu berminat atau mahu melakukann­ya,” katanya.

Liz berkata, dalam menghasilk­an gubahan, perkara paling utama adalah jenis bunga dan daun digunakan kerana ia memberi kesan menyeluruh.

“Bermainlah dengan rona yang menyerlah dan ceria kerana fungsi gubahan ini lebih kepada menceriaka­n tidak kiralah sekiranya ia diletakkan di mana saja.

“Bagi menaikkan seri gubahan, saya lebih suka menggunaka­n bunga segar berbanding bunga plastik kerana ia tampak istimewa dan memikat hati penerimany­a,” ujarnya.

Liz berkongsi langkah demi langkah menghasilk­an gubahan bunga sirih junjung yang bukan saja boleh dijadikan hantaran namun boleh juga diletakkan sebagai hiasan di rumah.

 ??  ?? 1. BAHAN
2. BASAHKAN span dan letak di dalam pasu atau bekas yang sesuai. 3. SUSUN daun sirih menggunaka­n dawai menjadi bentuk bulatan. 4. LETAKKAN daun sirih yang sudah dikarang di sekeliling span basah. 5. GUBAH bunga segar diatas sirih yang sudah...
1. BAHAN 2. BASAHKAN span dan letak di dalam pasu atau bekas yang sesuai. 3. SUSUN daun sirih menggunaka­n dawai menjadi bentuk bulatan. 4. LETAKKAN daun sirih yang sudah dikarang di sekeliling span basah. 5. GUBAH bunga segar diatas sirih yang sudah...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia