Harian Metro

Rumah bergegar

- Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

 Penghuni pangsapuri gempar dilanda gempa bumi 8 saat

“Lampu siling dan lantai bergegar sebelum saya bergegas keluar dan melihat semua penduduk lari ke kawasan selamat,” kata Mohd Azree Abd Ghani, penghuni pangsapuri Puri Warisan, Jalan Tuaran By Pass, di sini.

Gegaran lapan saat itu menyebabka­n lebih 1,000 penghuni di kawasan berkenaan panik dan keluar ke kawasan lapang.

Mohd Azree yang tinggal di tingkat dua berkata, sebelum kejadian dia berehat dalam rumah, manakala isteri masih bekerja.

“Tiba-tiba lampu siling bergoyang dan terasa bergegar. Pada masa sama, jeritan beberapa jiran supaya keluar kerana gempa bumi.

“Tanpa berlengah saya keluar rumah dan bergegas bersama penghuni lain ke kawasan lapang,” katanya di pekarangan pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, semua penghuni terkejut dan ada yang menangis ketakutan.

Seorang lagi penduduk, Jason Latup, 33, berkata, dia baru tiba di rumah bersama isteri dan dua anak selepas keluar membeli kelengkapa­n dapur dan terkejut dengan gegaran itu.

“Ketika tiba, tiba-tiba rumah bergegar. Saya terus arahkan isteri dan anak keluar sambil membawa barang dapur yang baru dibeli.

“Lima saat kemudian semua kembali tenang,” katanya.

Gempa bumi berukuran 5.2 dengan kedalaman 5 kilometer dilaporkan berlaku di Ranau, malam semalam.

Jabatan Meteorolog­i menerusi kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer barat laut Ranau pada jam 9.06 malam.

 ??  ?? PENGHUNI Pangsapuri Platinum Putatan berkumpul di luar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang melanda Sabah jam 9.30 malam tadi.
PENGHUNI Pangsapuri Platinum Putatan berkumpul di luar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang melanda Sabah jam 9.30 malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia