Harian Metro

Tambah pengimbas kontena percepat proses pelepasan

-

Pelabuhan Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menambah lebih banyak pengimbas kontena di pelabuhan seluruh negara untuk mempercepa­tkan operasi pelepasan kontena.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perbincang­an mengenai perkara itu turut dibincangk­an bersama Kementeria­n Pengangkut­an.

“JKDM akan membuat pelaburan dalam penyediaan lebih banyak pengimbas kontena di beberapa pelabuhan di seluruh negara untuk menambah kecekapan dalam melepaskan kontena keluar daripada pelabuhan.

“Pelabuhan kita kurang efisien kerana banyak pemantauan tegar dan dilakukan secara manual.

“Selain mempercepa­tkan proses pelepasan kontena, pengimbas juga dapat mengesan sekali gus mengekang kemasukan barangan yang tidak sepatutnya menembusi pelabuhan,” katanya pada sidang media di Wisma JKDM Pulau Indah, semalam selepas meninjau sekitar Pelabuhan Barat.

Turut hadir, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromania­m.

Johari berkata, pengimbas kontena juga dapat membantu kastam mengesan serta memantau kemasukan barang tanpa permit ke dalam negara.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n jumlah peruntukan untuk memasang mesin pengimbas berikutan bilangan peralatan berkenaan masih lagi dalam perbincang­an.

Katanya, ketika ini, ada 26 mesin pengimbas yang beroperasi di semua pintu masuk di Pelabuhan Klang.

FAKTA Pengimbas kontena bantu kastam mengesan serta memantau kemasukan barang tanpa

permit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia