Harian Metro

GILA PETIK FOTO PESAWAT

Remaja habis 10 jam setiap Sabtu dan cuti sekolah berkampung di KLIA

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) dihadiahka­n ibu bapanya menyemarak­kan lagi semangat Mirzan Yacoob, 17, untuk merakam foto terbaik pesawat berlepas dan mendarat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, di sini.

Menceritak­an mengenai minatnya remaja itu berkata, dia sanggup menghabisk­an masa hampir 10 jam pada setiap Sabtu dan hari cuti persekolah­an di lokasi dikhaskan untuk mengambil gambar pesawat di KLIA.

Katanya, pada kebiasaan dia menaiki bas dari rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 10 pagi sebelum tiba di lokasi berkenaan sejam kemudian.

“Saya bukan setakat ambil gambar pesawat semata-mata, sebaliknya perlu kreatif mencari sudut dan detik sesuai untuk bergaya di hadapan lensa, bagi mendapatka­n hasil terbaik, bagi saya ini adalah satu kepuasan.

“Pada kebiasaan saya berada di lokasi sehingga senja, kerana suasana ketika itu dianggap masa paling cantik serta sesuai untuk ambil gambar pesawat,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, Seremban itu berkata, dia aktif dalam hobi itu sejak empat tahun lalu dan minatnya terhadap fotografi bermula selepas melihat ratusan gambar pesawat di sebuah akaun Instagram.

“Hobi ini juga banyak didorong ibu bapa saya yang bekerja dalam industri penerbanga­n. Bapa saya bekas pramugara manakala ibu masih bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbanga­n,” katanya.

Remaja itu berkata, jika tidak berkesempa­tan ke KLIA dia akan mengambil gambar pesawat yang melintasi ruang udara kawasan perumahann­ya.

Menurutnya, gambar diambil tetap menarik berikutan pesawat ketika itu kebiasaann­ya terbang rendah sebagai persediaan untuk mendarat atau baru saja berlepas dari KLIA.

Mirzan berkata, dia memilih pesawat sebagai subjek kerana kagum dengan reka bentuknya yang dianggap dinamik dan setakat ini koleksi gambar miliknya sudah mencecah 1,000 keping.

“Tidak dinafikan, kerana hobi saya sanggup ke Jakarta, Indonesia dan Kuching, Sarawak sebagai jelajah istimewa untuk mengumpul lebih banyak koleksi gambar kapal terbang,” katanya yang mempunyai 22,500 pengikut di Instagram @malaysiana­viation.

Berkongsi mibat sama pereka grafik, Amirul Naim Mohd Amir, 24, berkata, dia memulakan hobi mengumpul gambar pesawat sejak dua tahun lalu.

“Saya kerap merakam gambar di KLIA atau Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang membabitka­n pesawat tentera dan akan berada di situ seawal jam 6.30 pagi setiap kali berkelapan­gan.

“Paling menarik perhatian saya adalah jet pejuang dan setakat ini saya simpan lebih

1,000 koleksi gambar pesawat komersial atau tentera. Selain gambar saya juga minat kumpul model pesawat,” katanya.

Seorang lagi peminat gambar kapal terbang yang dikenali sebagai Juwita Anne di Instagram berkata, dia akan menghabisk­an masa lapang kira-kira dua atau tiga kali seminggu untuk merakam gambar kapal terbang.

“Lokasi berhampira­n KLIA menjadi pilihan saya kerana ia berhampira­n dengan rumah, setakat ini saya hanya mengambil gambar pesawat menggunaka­n telefon bimbit saja.

“Ketika kecil saya sentiasa tertunggu-tunggu program berkaitan pesawat disiarkan di televisyen, jadi sekarang bila sudah tinggal berhampira­n KLIA saya manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk lihat kapal terbang sepuas-puasnya,” katanya yang amat meminati dunia

penerbanga­n.

Paling menarik perhatian saya adalah jet pejuang dan setakat ini saya simpan lebih 1,000 koleksi gambar pesawat komersial atau tentera. Selain gambar saya juga minat kumpul model pesawat”

Amirul

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA koleksi gambar pesawat Amirul.
ANTARA koleksi gambar pesawat Amirul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia