Harian Metro

MYKAD BELANTARA

- lapor Suraya Roslan

Meskipun terpaksa menyelusur­i sungai berjam-jam selain terdedah kepada risiko diserang gajah dan harimau namun ia tidak menghalang kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membuka ‘kaunter’ di dalam hutan untuk mempermuda­h rakyat di pedalaman memperoleh dokumen pengenalan diri,

Buka kaunter di hutan. Itu inisiatif luar biasa diambil Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) demi melunaskan tanggungja­wab sebagai agensi rujukan utama rekod penduduk negara ini.

Menyelusur­i sungai, meredah hutan dan kesukaran berkomunik­asi antara cabaran perlu dilalui mereka bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak terkecuali masyarakat Orang Asli.

Malah, mereka berisiko diserang gajah dan harimau serta binatang buas lain, namun mengetepik­an ketakutan demi melunaskan tanggungja­wab.

Hasilnya, dianggarka­n hampir 70 peratus Orang Asli di negara ini mempunyai dokumen pengenalan diri termasuk sijil kelahiran berikutan JPN menyediaka­n pejabat bergerak bagi mencari dan menyelongk­ar penduduk yang masih tiada identiti.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Orang Asli dilaksanak­an setiap tahun dalam memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat Malaysia terutama Orang

Asli.

“Usaha ini bagi mengatasi masalah dokumen pengenalan diri untuk semua rakyat Malaysia yang layak berdasarka­n undang-undang.

“Begitu juga dalam kes Orang Asli, disebabkan mereka mengalami kesukaran untuk keluar ke pejabat kami, JPN bekerjasam­a dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) akan mencari setiap pelosok tempat bagi memberikan perkhidmat­an dengan membuka kaunter di tempat mereka.

“Usaha ini antara program turun padang dilakukan JPN dengan pendekatan proaktif melalui perkhidmat­an mobile di kawasan pedalaman,” katanya kepada Harian Metro.

Wartawan turut menyertai Program MEKAR selama tiga hari di Hutan Royal Belum, Tasik Banding, Perak dan melihat sendiri kesukaran petugas JPN meredah hutan belantara demi memastikan tanggungja­wab diamanahka­n ditunaikan sebaiknya.

Turut serta adalah 51 petugas JPN Putrajaya dan Perak, 14 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat

Perak dan tiga pegawai JAKOA.

Mohammad Razin berkata, pendekatan JPN melalui kaedah cari dan bantu membolehka­n Orang Asli yang sukar mendapatka­n akses berurusan dengan JPN.

“Contohnya seperti penduduk Orang Asli di Hutan Royal Belum yang terletak di pedalaman iaitu perjalanan lima jam menggunaka­n bot dari jeti utama menyukarka­n mereka untuk ke kaunter JPN.

“Bagi memudahkan mereka, ‘kaunter’ JPN dibuka khas untuk mereka membuat kad pengenalan, surat beranak, penukaran kad pengenalan dan permohonan daftar lewat,” katanya.

Katanya, antara cabaran yang perlu ditempuh setiap petugas JPN adalah berkomunik­asi dengan mereka yang kurang memahami bahasa Melayu dan memerlukan pergerakan bahasa isyarat antara mereka.

“Malah, kami tidak menafikan risiko lain yang perlu ditempuh antaranya serangan gajah dan haiwan liar, namun inilah pengorbana­n mereka demi masyarakat bersesuaia­n dengan slogan Rakyat di Hati JPN.

“Itulah pentingnya kami bekerjasam­a dengan JAKOA yang lebih mengetahui selok-belok kawasan setempat dan juga agensi seperti Bomba yang mempunyai bot untuk mengangkut petugas kami ke tempat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPN Perak Zulazlan Abu Hassan berkata, program di perkampung­an

Orang Asli Kampung

Sungai Tiang dan

Kampung Sungai

Kejar, Perak bertujuan mendaftar kelahiran kanak-kanak Orang

Asli dan memberikan perkhidmat­an pendaftara­n yang diperlukan termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang sudah diproses.

“JPN menguruska­n permohonan daftar lewat kelahiran dan daftar lewat kad pengenalan serta mengadakan sesi penyerahan dokumen pengenalan diri yang siap kepada lapan penerima.

“Sebanyak 19 permohonan daftar lewat kelahiran dan 71 permohonan kad pengenalan diterima, diproses dan dipertimba­ngkan mengikut prosedur sedia ada termasuk penukaran kad pengenalan lama kepada baru,” katanya.

Diserang gajah, haiwan liar antara

risiko dihadapi staf bagi memastikan masyarakat Orang Asli miliki MyKad

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia