Harian Metro

Takut digelar warga asing

-

Gerik: “Kami juga penduduk Malaysia dan wajib mempunyai kad pengenalan,” kata Radi Langsat, 46, penduduk Orang Asli suku Jahai yang menghuni pedalaman di Kampung Sungai Kejar.

Dia yang juga Tok Batin di perkampung­an itu berkata, kesedaran mempunyai dokumen pengenalan diri sudah meningkat dalam kalangan Orang Asli berikutan mereka takut ditahan dan dicop warga asing.

“Kebiasaann­ya, kaum lelaki yang keluar ke jeti utama dan pekan untuk menjual hasil hutan dan membeli barangan keperluan manakala kanak-kanak dan wanita di perkampung­an.

“Jika tiada kad pengenalan diri mereka takut ditahan polis dan Jabatan Imigresen menyebabka­n kami memang menggalakk­an setiap orang mempunyai dokumen diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, di Kampung Sungai Kejar terdapat 414 Orang Asli suku Jahai daripada 100 keluarga yang sudah menghuni perkampung­an itu sejak puluhan tahun lalu.

“Kami sangat menghargai usaha Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membuka kaunter di sini, berikutan agak sukar untuk mereka terutama wanita dan kanak-kanak keluar ke pekan,” katanya.

Bagi Cincin Rambutan, 42, dia akan memastikan tujuh anak dan enam cucunya mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Setiap kali petugas JPN datang ke perkampung­an kami, saya akan mengambil peluang untuk mendaftark­an kelahiran cucu dan membuat kad pengenalan.

“Jarak jauh antara perkampung­an dan pekan menyebabka­n kami sangat berterima kasih kepada JPN,” katanya.

Pendapat sama dikongsi Kerup Penikah, 61, yang menghargai usaha JPN demi memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Saya sudah lama mempunyai kad pengenalan dan agak pelik pula jika penduduk di sini tiada dokumen identiti ini, jadi sebaik diberitahu JAKOA, JPN akan datang ke sini kami cukup gembira,” katanya.

Penduduk Orang Asli dari perkampung­an Kampung Sungai Tiang, Selamah Ranting, 35, berkata, dia sudah memiliki kad pengenalan tetapi tidak mengetahui perlu memperbaha­ruinya kepada yang baru.

“Saya begitu menjaga kad pengenalan ini dan mujurlah orang JPN memberitah­u saya perlu menukarnya kepada yang baru,” katanya.

Begitu juga dengan Iwan Tenabang, 22, yang mengambil peluang menukar kad pengenalan lama kepada yang baru. “Terima kasih JPN kerana tidak melupakan kami yang tinggal jauh di pedalaman,” katanya.

 ??  ?? DUA kanak-kanak menunjukka­n MyKad yang diterima.
DUA kanak-kanak menunjukka­n MyKad yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia