Harian Metro

TRAGEDI MEMUKAT

Anggota TLDM lemas tersangkut jaring

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui lemas dipercayai ketika memukat bersama rakannya di Lombong Batu 10, Tanjung Tualang dekat sini awal pagi, semalam.

Mangsa, Bintara Muda Zali Ahmad Bistaman, 36, ditemui tersangkut pada jaring ketika cuba menyelamat­kan diri selepas bot dinaiki karam jam 3.20 pagi.

Difahamkan, mangsa bersama seorang lagi rakan memasang jaring di lombong berkenaan jam 9 malam kelmarin sebelum bot dinaiki pecah dan karam.

Rakan mangsa berjaya berenang ke tebing lombong namun mangsa dipercayai tersangkut pada jaring sebelum tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.39 malam.

Beliau berkata, anggota bomba dimaklumka­n rakan mangsa turut menjalanka­n usaha mencari namun gagal menemuinya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitka­n 19 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis dan tiga anggota TLDM.

“Bomba melakukan pencarian di permukaan air menaiki bot selain menggunaka­n peralatan khas bagi mengesan mangsa.

“Pencarian lebih empat jam menemui mayat mangsa tersangkut pada jaring ikan kira-kira 70 meter dari tebing lombong jam 3.20 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Jamalludin berkata, anggota bomba mengangkat mayat mangsa ke tebing sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, operasi SAR tamat jam 5 pagi, semalam.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa yang ditemui lemas di Lombong Batu 10, Tanjung Tualang, semalam.
ANGGOTA bomba mengusung mayat mangsa yang ditemui lemas di Lombong Batu 10, Tanjung Tualang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia