Harian Metro

‘KITA TAK BERI MUKA’

- Mohd Khidir Zakaria news@nstp.com.my

 Imigresen bekerjasam­a dengan agensi berkaitan tangani pendatang asing sewa pangsapuri mewah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menjalanka­n kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menangani kes pendatang asing yang menjalanka­n kegiatan perniagaan dan sewaan rumah atau pangsapuri mewah seperti yang dilaporkan akhbar, semalam.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil siasatan mendapati mereka menyewa beberapa pangsapuri mewah daripada penduduk tempatan dan kemudian menyewakan­nya kembali tanpa kebenaran sah.

“Mereka menyalahgu­nakan pas lawatan atau permit kerja dan kegiatan ini baru terbongkar. Kami (JIM) akan terus bekerjasam­a dengan pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk meneruskan usaha mengesan jika ada unsur kegiatan seperti ini di seluruh negara.

“Ada juga warga tempatan yang menjadi orang tengah mereka dengan hanya terima komisen saja dan ini adalah satu kesilapan besar. Mereka (pendatang asing) sepatutnya datang ke negara kita untuk bekerja saja mengikut permit mereka dan bukannya menjadi tauke hingga mengaut puluhan ribu sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 1 2018 di Kolej Tentera Darat di sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan meneruskan risikan dari masa ke semasa dan gerakan itu sudah dilaksanak­an.

Terdahulu Mustafar memeriksa Perbarisan Tamat Latihan 401 peserta kursus termasuk 85 peserta wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia