Harian Metro

Ejen Bangladesh raih RM9,000 sebulan

-

Kuala Lumpur: Semua ejen

dalam kalangan warga Bangladesh di sebuah hotel residensi ternama di Bukit Bintang, di sini, memainkan peranan penting untuk mendapatka­n pelanggan mereka.

Bermula daripada proses menawarkan perkhidmat­an bilik dalam laman tempahan hotel popular, hingga ke proses daftar masuk di lobi hotel berkenaan semua diuruskan warga Bangladesh.

Sumber berkata, disebabkan tawaran dianggap berpatutan berbanding harga sebenar jika mendaftar masuk secara terus di kaunter

dengan pihak pengurusan hotel, pelanggan memilih berurusan dengan warga Bangladesh yang mempunyai banyak bilik.

“Selepas mendaftar melalui laman tempahan hotel, pada hari tempahan pelanggan akan bertemu dengan ejen ini terdiri daripada penyelia bilik dan pengurus tempahan yang semuanya adalah warga Bangladesh.

“Jika ada urusan untuk tempahan dalam jangka masa panjang, mereka juga mungkin akan bertemu dengan pengarah syarikat juga warga Bangladesh yang melaksanak­an tempahan bilik secara mudah di hotel residensi sama,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Katanya, pengarah itu akan bertindak memberikan pelbagai tawaran harga menarik bagi memastikan pelanggan terus menggunaka­n khidmatnya pada masa akan datang selain mengesyork­an kepada rakan lain.

“Pergerakan licik setiap ejen ini sebenarnya sukar dikesan kerana mereka akan menjalanka­n urus niaga tempahan di dalam kawasan hotel termasuk lobi sehingga sukar dikesan pihak berkuasa.

“Malah, mereka akan melantik seorang atau dua rakyat tempatan proksi sebagai pengarah urusan syarikat jika ada pemeriksaa­n penguatkua­saan dibuat di hotel berkenaan,” katanya.

Selain itu, warga Bangladesh berkenaan turut diberikan galakan untuk berkahwin dengan wanita negara ini dengan tujuan sama bagi memperluas­kan empayar mereka ke hotel residensi lain di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, tinjauan dibuat berdasarka­n penelitian pada kertas tempahan, seseorang ejen asing warga Bangladesh mampu memperoleh pendapatan lebih RM6,000 sebulan bagi setiap bilik yang dikawal atau dikuasai mereka.

Secara keseluruha­n mereka mampu memperoleh RM9,000 sebulan untuk setiap bilik namun ejen Bangladesh itu akan membayar sekitar RM2,000 hingga RM3,000 kepada pemilik sebenar unit kediaman berkenaan.

Hakikatnya, setiap operasi perkhidmat­an ditawarkan dilakukan sepenuhnya warga Bangladesh bermula daripada khidmat tempahan bilik di laman carian bilik hotel, pendaftara­n sehingga kepada proses kemas bilik, cucian, penyelengg­araan elektrik serta sistem penyaman udara.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro,
LAPORAN Harian Metro,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia