Harian Metro

KESIAN KENA TINGGAL

- Poliana Ronnie Sidom news@nstp.com.my

JHL selamatkan anak gajah ditemui berkeliara­n di Jalan Telupid-Tongod

Pengguna Jalan Telupid-Tongod di sini, gempar apabila melihat seekor anak gajah berkeliara­n di laluan berkenaan, kelmarin.

Anak gajah terbabit dipercayai terpisah daripada kumpulanny­a ketika berada di sekitar kawasan hutan antara Kampung Gambaron dan hutan simpan Tawai di sini, kira-kira jam 10 pagi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, anak gajah terbabit terpisah dengan kumpulanny­a selama kira-kira dua jam sebelum diselamatk­an anggota JHL yang berada di kawasan itu bagi mengawal hidupan liar berkenaan.

Katanya, kakitangan JHL kemudian membantu menyatukan semula anak gajah terbabit dengan kumpulanny­a yang berada di lokasi berhampira­n.

“Anak gajah itu sudah disatukan semula dengan ibunya selepas dua jam berada di jalan raya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Gambar dan video di laman sosial turut viral menunjukka­n anak gajah berkenaan mundar-mandir di jalan raya.

Pengguna jalan raya juga terpaksa memperlaha­nkan kenderaan selepas anak gajah dilihat cuba menyondol kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan kehadiran sekurang-kurangnya 20 gajah dalam dua kumpulan di Telupid berlarutan sejak awal tahun ini dan menceroboh beberapa kawasan termasuk dewan makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid serta Balai Polis Telupid.

JHL sudah menangkap tujuh daripada gajah berkenaan setakat 6 Mac, dan yang terakhir dipindahka­n ke hutan simpan Imbak di sini, Khamis lalu.

 ??  ?? ANAK gajah sesat di Jalan Telupid-Tongod.
ANAK gajah sesat di Jalan Telupid-Tongod.
 ??  ?? ANGGOTA
JHL Sabah menyelamat­kan anak gajah sebelum disatukan semula dengan ibunya.
ANGGOTA JHL Sabah menyelamat­kan anak gajah sebelum disatukan semula dengan ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia