Harian Metro

Lans koperal direman seminggu MASIH SELAMAT

- Iskandar Shah Mohamed news@nstp.com.my

Seorang lans koperal polis yang ditangkap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima rasuah RM400 selepas membekalka­n rokok kepada tahanan lokap direman tujuh hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nurul Balqis Zunaidi selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat SPRM, Riduan Kadri.

Penahan reman itu bagi membolehka­n siasatan terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga, tiba di mahkamah pada jam 10 pagi sebelum permohonan reman dibuat pada jam 1 tengah hari.

Kelmarin, jam 2 petang sepasukan anggota SPRM menahan anggota polis itu di Tampin Square, Tampin.

Anggota polis itu dipercayai menerima rasuah RM400 sebagai balasan kerana membekalka­n rokok kepada dua tahanan polis yang ditahan di lokap Balai Polis Tampin antara 2 sehingga 6 Mac lalu.

Berita mengenai seorang pekerja kilang wanita yang meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat ditetak suaminya di Taman Klang Jaya, di sini, Khamis lalu disahkan palsu.

Perkara itu disahkan seorang ahli keluarga kepada mangsa, R Komathi, 42, menerusi kiriman pesanan audio aplikasi WhatsApp.

“Maklumat yang tular (di Facebook) itu bohong semata-mata kerana mangsa masih dalam keadaan selamat dan sihat.

“Suami mangsa seorang yang cemburu. Sebelum ini mereka pernah bertengkar,” katanya.

Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan menemui Komathi untuk berbaik, namun wanita itu enggan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Mereka yang menyebar maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen

 Berita wanita ditetak suami meninggal dunia disahkan palsu

233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan rakaman video seorang wanita cedera dibelasah suami dan rakan lelaki itu tular di laman sosial selepas dipercayai dirakam dari atas sebuah premis oleh orang awam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lelaki berbaju kelabu berkenaan didapati memukul isterinya dengan parang selain menendang dan menumbuk wanita terbabit di tepi kereta Proton Satria.

Malah, kejadian itu turut disaksikan orang awam termasuk kanak-kanak yang secara kebetulan berada di kawasan berhampira­n.

Selepas membelasah mangsa, suspek dan rakannya kemudian menarik wanita itu masuk ke dalam kenderaan dan meninggalk­an lokasi kejadian.

Polis kini masih memburu dua individu termasuk suami mangsa berusia 38 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk direman.
TERTUDUH dibawa ke mahkamah untuk direman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia