Harian Metro

PELAPIS JURUTERA

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 107 pelajar MRSM sertai kursus dedah peluang

pacu kerjaya di Yayasan Tenaga Nasional

Kecenderun­gan melakukan sesuatu yang jauh ke hadapan berbanding rakan sebaya ketika belajar mengenai elektrik di tingkatan dua menambah minat Muhammad Amir Ahnaf Mortaza, 17, terhadap bidang kejurutera­an elektrik.

Malah, sejak kecil dia meminati bidang elektrik dan bercita-cita menjadi jurutera elektrik, Amir yang memiliki bakat terpendam mampu mencantum semula mainan yang dirungkai akui sebelum ini tidak banyak yang diketahui mengenai kerjaya jurutera elektrik.

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak ini berkata, tidak banyak yang diketahui mengenai kerjaya jurutera elektrik.

“Apa yang saya tahu, jurutera elektrik ialah orang yang menyelengg­ara komponen elektrik. Dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB), skop kerja jurutera elektrik menyelesai­kan masalah mengenai elektrik.

“Bagaimanap­un selepas empat hari mengikuti Kursus Kepemimpin­an

anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN), saya lebih tahu peranan jurutera elektrik,” katanya.

Amir antara 107 peserta Program

yang juga program kepimpinan pelajar cemerlang bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari seluruh negara.

Program julung kali ini diadakan di Hotel RHR, Bangi pada 28 Februari lalu dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terutamany­a dalam bidang kejurutera­an, sekali gus mempromosi biasiswa tajaan YTN.

Kata Amir, dia bersedia memburu cita-cita menjadi jurutera elektrik, sekali gus berusaha memperoleh biasiswa tajaan YTN.

Bagi pelajar MRSM Tun Dr Ismail, Pontian, Johor, Nur Syafiqah Izreen Salahuddin, 17, pengisian program empat hari itu memberi banyak pendedahan mengenai kerjaya jurutera.

Katanya, lawatan ke Stesen Jana Elektrik Putrajaya misalnya membuka matanya terhadap peranan pegawai TNB yang selama ini tidak diketahui ramai.

“Setiap kali bekalan elektrik di rumah terputus, masyarakat pasti marah dan menyalahka­n pegawai TNB.

“Mereka tidak tahu pegawai TNB bertugas

 ??  ?? PESERTA program diberi penerangan mengenai proses penjanaan kuasa.
PESERTA program diberi penerangan mengenai proses penjanaan kuasa.
 ?? Amir ?? BIDANG kejurutera­an elektrik memerlukan pelapis berwawasan tinggi. Apa yang saya tahu, jurutera elektrik ialah orang yang menyelengg­ara komponen elektrik”
Amir BIDANG kejurutera­an elektrik memerlukan pelapis berwawasan tinggi. Apa yang saya tahu, jurutera elektrik ialah orang yang menyelengg­ara komponen elektrik”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia