Harian Metro

Manfaat peluang galak tunai zakat

-

Kuala Lumpur: “Ruang yang ada ini memang ditunggu-tunggu penggiat seni. Saya akan gunakan peluang sebagai ikon Gerakan Tunai Zakat, bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menggalakk­an ramai orang membayar zakat dan ini juga kerja yang baik.

“Semua ini untuk manfaat kita bersama, kena angkat perkara ini supaya diketahui masyarakat. Satu permulaan yang baik untuk kita suburkan amalan membayar zakat. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya,” kata pelakon dan pelawak Saiful Apek.

Pelawak tersohor itu dilantik sebagai ikon untuk menggerakk­an Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan (SPPZ) 2018 anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama PPIM bertujuan menggalakk­an lebih ramai peniaga dan pemilik syarikat membayar zakat.

Menurutnya, peluang diberikan akan digunakan sebaik mungkin kerana di dalam industri seni sendiri, pelbagai isu perlu diberi perhatian termasuk soal kebajikan artis.

Katanya, hasil perbincang­an dan taklimat bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan semalam, dia yakin usaha itu mendapat sambutan apatah lagi, isu pembayaran zakat perlu diberi keutamaan termasuk mereka yang berada dalam industri seni.

“Saya faham konsep dan dasarnya, apatah lagi disokong PPIM sendiri yang kita tahu gerak kerjanya terbukti dalam membantu pengguna di negara ini. Ini bukan saja soal pengguna atau pun produk, ia merangkumi kebajikan artis, kerana kita juga perlukanny­a.

“Dalam industri ini bermacam kes berlaku, tetapi saya rasa soal bayar zakat ini seperti terlepas pandang. Jadi saya akan cuba buat yang terbaik menggunaka­n platform baru ini,” katanya di Pejabat PPIM

Kuala Lumpur di sini, semalam.

Kuala Lumpur : Pelakon Nazeera Sardi, 32, menafikan solo pertamanya, Tetap Ada Cinta ditujukan kepada bekas kekasih yang juga pelawak popular tanah air.

Nazeera atau nama sebenarnya, Siti Nazirah Sardi berkata, lagu itu tidak ditujukan kepada pelawak berkenaan kecuali peminat yang mengenalin­ya.

itu percubaan pertama saya sebagai penyanyi. Saya rakamkan lagu itu kerana melodi dan liriknya yang Kuala Lumpur: Pasangan pelakon popular, Amyra Rosli dan Amar Baharin meletakkan syarat anak mereka, Aqeef Anaqi tidak perlu terbabit dalam mana-mana program turun padang untuk bertemu peminat sekiranya ditawar sebagai duta sesuatu produk.

Amyra, 27, berkata, mereka tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu mengambil mereka sebagai duta produk dan turut serta dalam sesi promosi, tetapi syarat itu perlu dipatuhi.

“Kami memang hadir dengan satu pakej.

 ??  ?? APEK bersama poster kempen bayar zakat PPZ-MAIWP dan PPIM.
APEK bersama poster kempen bayar zakat PPZ-MAIWP dan PPIM.
 ??  ?? NAZEERA
NAZEERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia