Harian Metro

Tarikh kemuka usul masih teka-teki

-

Kuala Lumpur: Tarikh mengemukak­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya masih menjadi teka-teki walaupun kerajaan mengesahka­n membentang­kannya pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahka­n perkara itu berkata, beliau yang juga Ketua WHIP perlu merujuk kepada Perdana Menteri dan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memilih tarikh sesuai bagi pembentang­an usul berkenaan.

“Tarikh belum ditentukan untuk pembentang­an kerana ada perbahasan titah diraja dan selepas itu ada jawapan daripada menteri diikuti pembentang­an akta baru.

“Saya sebagai Ketua WHIP berbincang dengan Ketua Majlis Parlimen iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bila tarikh pembentang­an ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-25 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

Usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya ditunggu-tunggu semua pihak untuk dibentangk­an di Parlimen kerana ia menjadi isyarat pembubaran Parlimen bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyerahka­n laporan akhir kajian semula persempada­nan bahagian pilihan raya persekutua­n dan negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri, semalam.

Kajian persempada­nan semula itu tergendala lebih setahun berikutan ia dicabar di mahkamah membabitka­n 15 kes yang difailkan pelbagai pihak termasuk di Perak, Selangor dan Melaka.

dilangsung­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia