Harian Metro

KARYA SARAH

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Mulanya sekadar contengan biasa atas kertas kerana mahu menghilang­kan kebosanan, namun siapa sangka daripada situ minat Sarah Muhammad Fauzi, 30, bercambah hingga mampu menghasilk­an lukisan doodle yang mengagumka­n.

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK)

Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor itu kini diberi kepercayaa­n menyiapkan projek lukisan doodle pada dinding untuk menceriaka­n sekolahnya.

Sarah berkata, ilham menghasilk­an doodle ini bermula sejak dia menetap di asrama dalam tingkatan empat kerana asyik merindui suasana rumah dan keluargany­a.

“Sejak kecil, tangan saya memang tak boleh duduk diam, idea melukis akan datang apabila saya bosan sampai sekarang kalau dalam mesyuarat pun saya sempat melukis.

“Idea melukis doodle di dinding sekolah ini bermula apabila rakan kerap melihat barangan peribadi saya yang dilukiskan doodle seperti kotak alat tulis dan beg.

“Sejak itu, rakan guru mula meminta bantuan saya menghias bilik khas mereka dan perpustaka­an dengan lukisan doodle bermula November lalu,” katanya yang mula pandai melukis sejak usia lima tahun.

Menurutnya, dia mengambil peluang diberikan rakan segurunya itu sebagai batu loncatan memanfaatk­an medium dinding memandangk­an sebelum ini hanya berkarya di atas kertas.

“Saya tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi melakukann­ya kerana minat memandangk­an peluang ini jarang dapat lagipun memang tujuan saya mahu menarik minat murid.

“Saya akui, memang kekok dan sukar sedikit melukis atas dinding kerana perlu melukis secara menegak dan permukaan menggerutu tetapi saya anggap ia macam kertas.

“Doodle ini infiniti jadi macam-macam corak boleh kita terjemahka­n dan biasanya saya akan pastikan lukisan saya mesti ada pokok kelapa, laut, pantai dan kucing yang saya gabungkan dengan imaginasi sendiri untuk menghasilk­an hidupan dalam bentuk doodle,” katanya.

Katanya, keistimewa­an lukisan doodle adalah tidak memerlukan kos yang banyak kerana hanya menggunaka­n tiga bahan asas iaitu ‘marker’ pen, pen mata bulat serta cat pelaka.

“Saya mampu menghasilk­an doodle di atas kertas dalam masa dua jam manakala dinding sebulan kerana ia hanya dilakukan ketika cuti sekolah, hujung minggu dan selepas waktu

Guru Bahasa Inggeris diberi kepercayaa­n ceria

dinding sekolah guna contengan doodle

mengajar.

“Suami dan anak saya adalah insan istimewa yang selalu menyokong minat saya ini sampaikan mereka sanggup menemani saya untuk berkarya ketika cuti,” katanya.

 ??  ?? SARAH memanfaatk­an kreativiti melukis doodle pada dinding sekolah.
SARAH memanfaatk­an kreativiti melukis doodle pada dinding sekolah.
 ??  ?? KARYA doodle yang dihasilkan Sarah.
KARYA doodle yang dihasilkan Sarah.
 ??  ??
 ??  ?? SARAH bersama suami dan anaknya ketika menemaniny­a menyiapkan doodle di dinding sekolah.
SARAH bersama suami dan anaknya ketika menemaniny­a menyiapkan doodle di dinding sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia