Harian Metro

Orang guna nama beli kereta mewah

-

Kuala Lumpur: Pendapatan­nya hanya RM2,500 sebulan, namun seorang lelaki bingung apabila mendapati namanya digunakan untuk membeli beberapa kenderaan mewah antaranya Toyota Vellfire dan BMW 328i.

Dia bertambah runsing apabila mendapati namanya juga digunakan untuk memohon pinjaman perumahan daripada sebuah bank, sekali gus menimbulka­n persoalan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Mangsa berusia 40 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia mengetahui perkara itu ketika memohon pinjaman daripada sebuah bank untuk menyelesai­kan hutangnya yang tertunggak.

“Sebelum ini, saya tidak pernah membuat pinjaman daripada manamana bank malah kereta yang ada sekarang pun dibeli secara tunai kerana takut nak berhutang.

“Saya mohon pinjaman kerana mahu membiayai kos pengajian anak sulung yang baru diterima masuk ke universiti selain langsaikan hutang kepada rakan,” katanya.

Namun, Azman yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta berkata, dia terkejut apabila semakan dilakukan pegawai bank mendapati namanya sudah digunakan untuk membeli beberapa kereta mewah.

“Saya jadi tak keruan apabila diberitahu lima kenderaan mewah dibeli atas nama saya dengan pinjaman keseluruha­n berjumlah lebih RM500,000.

“Hasil semakan dilakukan di bank terbabit mendapati pinjaman menggunaka­n identiti saya itu dibuat oleh pihak tertentu dua tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, bagi mendapatka­n kepastian dia menjejak lokasi kenderaan terbabit dan mendapati ia digunakan oleh individu sama di sebuah negeri di pantai timur.

“Setakat ini pihak bank masih belum lagi memberi penjelasan berkaitan masalah ini. Agak mustahil bagi seorang yang berpendapa­tan tidak sampai RM3,000 memiliki sehingga lima kenderaan mewah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia