Harian Metro

CAIR KENA AYAT

-

RM750,000 kepada lelaki itu selepas beberapa minit berbincang.

Fatin berkata, dia yang baru saja mengenali lelaki itu pergi ke lokasi perjumpaan kerana tertarik dengan jumlah pulangan dijanjikan.

“Saya mengenali lelaki itu menerusi seorang kenalan yang memberitah­u dia mahu mengajak beberapa individu melabur dalam perniagaan kosmetik yang menjanjika­n pulangan lumayan.

“Dalam pertemuan pada penghujung 2015 itu, lelaki terbabit terus memujuk supaya melabur dalam perniagaan­nya hingga saya bersetuju,” katanya, di sini.

Menurutnya, dia yang ketika itu berseorang­an terus menyerahka­n cek bernilai RM750,000 kepada lelaki itu kerana yakin dengan kemampuann­ya memberikan pulangan lumayan.

“Namun selepas dua tahun menunggu saya langsung tidak menerima pulangan pelaburan, malah ketika diminta supaya pulangkan semula modal dia beri pelbagai alasan.

“Selepas didesak berulang kali, suspek memberikan beberapa keping cek bernilai hampir RM1 juta namun semuanya tidak sah,” katanya.

Berikutan itu, mangsa yang menjalanka­n perniagaan kosmetik membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, untuk tindakan susulan.

“Hasil maklumat diperoleh lelaki itu dikatakan turut menipu beberapa individu supaya melabur dalam perniagaan­nya sebelum dia menghilang­kan diri.

“Saya sehingga kini bingung bagaimana boleh terpedaya dengan lelaki terbabit sehingga sanggup menyerahka­n wang simpanan hampir RM1 juta,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia