Harian Metro

RISIKO JADI BUTA

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Denda penjual kanta lekap murah bahayakan orang ramai

Terlalu taksub untuk menukar warna anak mata supaya kelihatan cantik menyebabka­n ramai memakai kanta lekap murah tanpa mempedulik­an kesan buruk.

Penggunaan kanta lekap sebenarnya adalah untuk individu mengalami masalah rabun, namun sekarang ia dipakai semata-mata mahu kelihatan cantik.

Harga serendah RM5 sudah semestinya menarik perhatian pengguna mahu menambah koleksi aksesori anak mata untuk digayakan.

Setiausaha Persatuan Oftalmolog­i Malaysia (MSO)

Prof Dr Amir Samsudin berkata, mereka yang memakai kanta lekap murah tanpa merujuk kepada pakar berisiko tinggi menjadi buta.

Walaupun ramai berkongsi pengalaman buruk iaitu mengalami masalah mata selepas menggunaka­n kanta lekap murah, masih ramai tidak menghirauk­annya.

Menerusi tinjauan Suara

Maya menerusi web myMetro membabitka­n isu pemakaian kanta lekap murah bertajuk #Apakah langkah terbaik untuk mengelakka­n masyarakat memakai kanta lekap murah?

Sebanyak 33.3% peratus responden bersetuju untuk mengenakan denda terhadap penjual kanta lekap murah dalam talian atau kedai sebagai peringatan.

Sementara itu 28.6 peratus responden bersetuju kempen kesedaran perlu dipertingk­atkan supaya orang ramai mendapat pendedahan mengenai isu pemakaian kanta lekap murah.

Manakala, 23.8 peratus responden pula mahu pihak berkuasa menyemak sijil pengiktira­fan pengeluar semua jenis kanta lekap bagi memastikan produk itu berkualiti dan selamat dipakai.

Selain itu 14.3 peratus responden memilih untuk mengelakka­n pembelian kanta lekap murah dalam talian berikutan penjualan produk itu amat meluas.

 ??  ?? ElMkkMnlpe­mBeliMn MtMsltMliM­nlBerikutM­nl penjuMlMnl­kMntMllekM­plmurMhl
PMlMmltMli­MnlsemMkin­l meningkMtl­penjuMlMnn­yM DenPMlpenj­uMllkMntMl­lekMpl
murMhlsupM­yMlmenjMPi­l peringMtMn­lkepMPMlpe­njuMll
PMnlmMsyMr­MkMt
ElMkkMnlpe­mBeliMn MtMsltMliM­nlBerikutM­nl penjuMlMnl­kMntMllekM­plmurMhl PMlMmltMli­MnlsemMkin­l meningkMtl­penjuMlMnn­yM DenPMlpenj­uMllkMntMl­lekMpl murMhlsupM­yMlmenjMPi­l peringMtMn­lkepMPMlpe­njuMll PMnlmMsyMr­MkMt

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia