Harian Metro

GALAS MASA DEPAN ANAK AUTISME

-

Mukhreez dilahirkan dengan autisme.

Sekitar 1995, perkataan ‘autisme’ bukanlah perkara yang diketahui umum dan ia juga kedengaran janggal pada telinga pasangan ini, malah seboleh-bolehnya ingin mendapatka­n ubatan atau rawatan terbaik untuk anak mereka.

“Selepas terpaku beberapa detik, soalan pertama yang keluar daripada mulut saya adalah, apakah ubatan terbaik untuk merawat penyakit anak ini?

“Ketika itu, autisme bukanlah isu kesihatan ‘popular’ seperti hari ini dan masyarakat juga peka dengan masalah ini. Saya sangka autisme adalah penyakit yang boleh diubati, ruparupany­a ia adalah kecacatan kekal sepanjang hayat. Kali kedua, saya tersentak dengan penerangan doktor.

“Tidak dinafikan rasa kecewa menguasai diri apatah lagi memikirkan masa depan yang bakal diharungi anak kelak.

“Syukur, saya dianugerah­kan isteri yang sangat memahami dan menyokong, malah dia banyak memainkan peranan meringanka­n bebanan saya dalam pengurusan anak,” katanya ketika ditemui.

Ditemani isteri yang mengakui bahawa, Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) ini individu yang sensitif dan air matanya cukup murah saat membicarak­an perihal anak istimewany­a.

Bagi memperjuan­gkan nasib anaknya, Megat Shahrani bangkit sebelum dipertemuk­an dengan NASOM.

Seakan-akan mendapat motivasi, pasangan ini menyedari bukan hanya mereka terkesan dengan masalah berkenaan, ramai lagi ibu bapa yang memiliki anak istimewa seperti Megat Mukhreez.

Mengusahak­an syarikat pembinaan sendiri bukanlah penghalang buat lelaki berusia 61 tahun ini melapangka­n masa untuk aktif menyertai program anjuran NASOM di Taman Cempaka, Ipoh, Perak.

“Apabila bergerak sebagai persatuan, dana antara isu utama perlu dihadapi dalam menjayakan sesuatu program atau menyelesai­kan masalah lain. Keadaan pusat NASOM Ipoh yang kecil dan sempit menyukarka­n anak ini belajar.

“Rezeki perniagaan yang Allah SWT berikan kepada saya, mungkin satu kelebihan untuk dikongsika­n bersama anak istimewa. Justeru, kami membeli kabin dilengkapi penyaman udara untuk dijadikan kelas tambahan bagi anak ini.

 ??  ?? BERJUANG untuk kanak-kanak autisme. NAMA: Datuk Megat Shahrani Megat Shahrudin
JAWATAN: Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)
LAHIR: 28 Jun 1957
ASAL: Kuala Kangsar, Perak
IATERI: Datin Enzalelawa­ty Zaludin ANAK: Puteri Farhana...
BERJUANG untuk kanak-kanak autisme. NAMA: Datuk Megat Shahrani Megat Shahrudin JAWATAN: Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) LAHIR: 28 Jun 1957 ASAL: Kuala Kangsar, Perak IATERI: Datin Enzalelawa­ty Zaludin ANAK: Puteri Farhana...
 ??  ?? ANJUR program kesedaran autisme.
ANJUR program kesedaran autisme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia