Harian Metro

Batas aurat Muslimah, wanita bukan Muslim

-

hendak betulbetul menjaga aurat antara wanita Islam dan bukan Islam apabila mereka ditempatka­n dalam satu bilik seperti di asrama? Adakah apa-apa kelonggara­n terutama bahagian rambut?

Diana, Kluang

dua pendapat yang jelas mengenai aurat wanita Muslimah dengan bukan Islam. Ia berdasarka­n keadaan tertentu.

Pendapat pertama menyatakan, aurat Muslimah dalam perkara itu sama seperti aurat bersama lelaki lain kerana mereka dilarang untuk tinggal bersama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Padahal kamu mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri.” (Surah Ibrahim: 44-45).

Ahli tafsir menjelaska­n, orang yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri adalah orang kafir dan ahli maksiat. Orang Islam ditegah untuk tinggal bersama mereka.

Terdapat pendapat mengharusk­an tinggal bersama orang bukan Islam kerana keadaan tertentu dan terpaksa.

Ini disebabkan terdapat bukan Islam yang mahu tinggal bersama-sama orang Islam yang dilihat toleransi. Dalam hal itu, setengah ulama membenarka­n membuka aurat yang biasa sesama wanita seperti rambut, kaki dan seumpamany­a.

Kesimpulan­nya, pendapat yang kuat ialah aurat Muslimah dengan wanita bukan Muslim sama seperti Muslimah bersama Muslimah yang lain.

Bagaimanap­un, sebagai kemuliaan bagi wanita Islam, mereka tetap tidak boleh mendedahka­n aurat kepada wanita bukan Islam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia