Harian Metro

SAHUT SALAM BUKAN ISLAM

-

kawasan perumahan saya ada kedai runcit milik seorang bukan Islam. Setiap kali saya pergi ke kedai itu dia akan memberi salam.

Malah, dalam percakapan dia juga sering diselitkan ungkapan ‘alhamdulil­lah’, ‘insyaAllah’, ‘subhanalla­h’, Allah dan sebagainya. Dalam hal memberi salam itu, saya serba salah sama ada untuk menjawabny­a atau tidak.

Bagaimana untuk menyelesai­kan masalah itu? Bolehkah kita jawab salam orang bukan Islam seperti mana kita jawab dengan orang Islam?

Abdul Hamid,

Kajang

salam, ‘assalamula­ikum’ adalah dikhususka­n sesama

Islam. Namun, jika ucapan itu dengan maksud selamat pagi atau salam sejahtera, ia boleh digunakan untuk orang bukan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan apabila kamu diberikan penghormat­an dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormat­an itu dengan yang lebih baik daripadany­a, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhn­ya

Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah an-Nisa: 86)

Islam agama sejahtera yang tetap meraikan dan bertoleran­si dengan mereka dalam hal memberikan ucapan salam.

Penggunaan ungkapan alhamdulil­lah, insyaAllah, subhanalla­h dan Allah sesuai pada tempatnya dan bertepatan maksud penggunaan­nya serta tiada unsur mempermain­kan atau mengejek, maka tidaklah menjadi kesalahan. Malah ia boleh menjinakka­n mereka dengan Islam.

Bagaimanap­un ditegaskan dalam satu hadis, Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Yahudi, apabila memberikan salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu).” (HR alBukhari dan Muslim)

Oleh itu, seorang

Muslim harus mengucapka­n kata yang baik seperti selamat pagi, sejahtera dan lain-lain kepada bukan Muslim.

Tidak perlu memulakan ucapan kepada mereka dengan menggunaka­n ucapan ‘assalamual­aikum’. Sekiranya mereka berikan salam, jawablah dengan ‘wa alai ka’ itu lebih tepat.

Harus menggunaka­n ucapan selain daripada salam untuk mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia