Harian Metro

Reda kematian anak belum baligh

-

ibu bapa yang kematian bayi atau anak kecil belum baligh, dia akan masuk syurga dan turut dapat membantu menarik ahli keluargany­a ke dalam syurga?

Habib, Jerantut

adalah mendukacit­akan. Bagaimanap­un, ia mengandung­i hikmah apabila musibah itu dihadapi dengan sabar.

Maka benarlah riwayat Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti memasukkan mereka ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya terhadap anak-anaknya itu. “(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis itu dinyatakan, seseorang Muslim yang kematian anaknya dan ibu bapa pula bersabar dengan ujian itu, menerima dengan reda serta mengharap pahala dan kasih sayang Allah SWT atas ujian itu, mereka mendapat ganjaran sedemikian.

Itulah syarat bagi mendapatka­n syafaat daripada anak yang meninggal dunai sebelum usia baligh. Mereka sebenarnya mendoakan ibu bapa mereka yang menerima takdir dengan reda.

Dikisahkan dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anakanak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anakanak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga, tapi tidak mahu masuk ke dalamnya.

Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah SWT pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.” (HR Ahmad).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia