Harian Metro

SABAR DALAM KETAATAN

-

Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhn­ya

Allah berfirman: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua-dua matanya (buta mata), kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya.” (HR Bukhari)

Saya bukanlah seorang penyabar. Boleh dikatakan saya ini panas baran juga kalau ada perkara yang tidak kena pada mata.

Jadi, saya akan marahmarah. Tetapi Islam banyak mengajar saya erti kesabaran dalam hidup ini.

Dengan memahami erti sabar, ia dapat membentuk diri saya menjadi orang lebih tenang dan boleh berfikir secara waras serta tidak berburuk sangka dengan setiap perkara yang terjadi.

Di dalam Islam, ada tiga bentuk sabar iaitu sabar dalam ketaatan kepada Allah SWT. Contohnya, dalam mengerjaka­n ibadat puasa, zakat, haji dan lainnya.

Kedua, sabar dalam menghadapi musibah seperti kehilangan harta benda, berkurangn­ya rezeki, banjir dan bencana alam.

Ketiga, sabar dalam menjauhi perbuatan maksiat yang diharamkan Allah seperti tidak berjudi, minuman keras dan yang lainnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarla­h (dalam perjuangan mengembang­kan Islam) sehingga Allah menghukum (antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik hakim.” (Surah Yunus: 109)

Pernah satu ketika berlaku kejadian yang menguji kesabaran saya. Ketika itu, saya rasa hilang sabar dan putus asa untuk mengajak sahabat ke majlis ilmu.

Setiap kali mengajak kawan-kawan ke majlis usrah, seperti tiada maklum balas yang diterima. Lumrah kalau dijemput ke majlis ilmu, maklum balas yang diterima tidak seperti diharap.

Berbeza pula apabila ada jemputan ke parti, pasti tidak cukup ruang dibuatnya. Penat? Memang penat kerana dunia memang tempat kita berpenatpe­nat rupanya; bukan tempat kita bersuka ria dan bersenang lenang.

Untuk bersenang lenang hanya di akhirat kelak iaitu syurga sebagai balasannya. Tetapi untuk layak masuk ke syurga perlu menepati syarat-syaratnya.

Jika berat timbangan amalan kebaikan serta mendapat rahmat Allah SWT, dapatlah kita masuk ke syurga.

Saya ingat lagi kata seorang murabi, kalau hendak bersenangs­enang, tunggulah saat kita dicabut nyawa. Masa itu sudah tidak perlu buat amal ibadat.

Tunggu saja soal jawab dengan malaikat dalam kubur. Malah, di alam kubur juga manusia akan diazab sekiranya amalan kita kurang.

Itulah cabaran dalam buat kebaikan dan menyambung usaha dakwah Rasulullah SAW. Majlis ilmu adalah taman-taman syurga yang menerangi dunia.

Jika di dunia ini kita malas pergi ke taman-taman syurga, adakah diri kita layak untuk masuk ke syurga Allah SWT?

Malaikat sangat suka dengan orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana majlis ilmu, malaikat akan menebarkan sayap mereka menyelubun­gi majlis ilmu berkenaan.

Sebab itulah orang yang berada dalam majlis ilmu hati mereka terasa damai dan dekat dengan Tuhan kerana sedang berada di bawah naungan sayap malaikat.

Seterusnya, malaikat akan berbaris bertingkat-tingkat sehinggala­h ke langit. Sebab itulah ada ulama mengatakan, cahaya majlis ilmu seolah-olah terpancar terus ke langit.

Dalam perjuangan menyebarka­n dakwah, kuantiti bukanlah ukuran tetapi Allah SWT melihat usaha yang kita lakukan.

Hidayah itu adalah milik Allah. Kalau kita merasa gagal menyeru kebaikan, mari sama-sama kita renungkan perjuangan Nabi Nuh AS.

Dalam satu riwayat mengatakan, sepanjang 950 tahun usia Allah SWT kurniakan kepada Nabi Nuh AS untuk berdakwah, baginda hanya dapat mengumpul tidak lebih daripada 80 pengikut.

Bagaimanap­un, baginda tetap terus melanjutka­n dakwahnya dengan semangat yang tidak pernah kendur walau sedikit.

Jika dihitung, setiap 11 tahun Nabi Nuh AS hanya dapat menarik seorang saja menjadi pengikutny­a. Adakah Nabi Nuh AS seorang nabi yang gagal dalam menyampaik­an dakwah kepada kaumnya?

Jika kita menilai pada sudut kuantiti, kita silap. Allah SWT pandang usaha hamba-Nya yang bersungguh-sungguh bukan hasilnya. Pengikut Nabi Nuh AS adalah orang yang benar-benar terpilih saja. Beruntungl­ah mereka yang terpilih.

Itulah indahnya sabar. Janganlah kita mudah berputus asa dengan ujian dan rahmat Allah SWT.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia