Harian Metro

Pakai hijab berlandas syariat

-

Sebagai seorang Islam, sejak kecil kita lihat ahli keluarga atau kawan Muslim bertudung. Di rumah atau sekolah juga kita dididik untuk bertudung.

Pendek kata, tudung dengan Islam itu sangat sinonim sehinggaka­n ada umat Islam yang belum memakai tudung pun tahu, tuntutan menutup kepala itu wajib.

Pada hari ini, pelbagai jenis tudung dijual di pasaran. Semua itu sangat memudahkan wanita menutup aurat.

Namun begitu, koleksi tudung yang ada di pasaran hari ini didapati semakin jauh daripada prinsip bertudung mengikut syariat.

Sebagai Muslimah, cuba tanya diri kenapa kita bertudung? Adakah Allah SWT reda tudung yang dipakai itu?

Cuba kita imbas sejarah, wanita dipandang hina dan hanya dijadikan tempat melempiask­an hawa nafsu.

Pada zaman jahiliah, kelahiran bayi wanita dianggap sial. Bayangkan betapa hinanya wanita ketika itu, tetapi selepas hadirnya cahaya Islam, wanita dimuliakan dengan setinggiti­nggi kemuliaan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

Begitulah hebatnya Islam yang sangat berbangga dengan kehadiran wanita. Banyak hadis yang mengangkat kedudukan wanita, malah dalam al-Quran juga terdapat surah khusus iaitu surah an-Nisa’ dengan makna wanita.

Subhanalla­h! Begitulah tingginya kemuliaan wanita selepas hadirnya Islam. Sewajarnya kita sebagai wanita harus bersyukur dengan mengikuti perintah yang disyariatk­an Islam.

Itulah tujuan bertudung iaitu untuk mentaati perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Ketaatan adalah sumber kebahagiaa­n dan kejayaan terbesar di dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan barang sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhn­ya ia mendapat kemenangan besar.” (Surah alAhzab: 71)

Namun, adakah kita benarbenar bertudung seperti yang diperintah­kan Allah SWT? Persoalan itu sangat penting untuk dinilaikan kerana ia membabitka­n dosa yang memberi kesan besar dalam kehidupan kita.

Antara syarat bertudung:

1. Hendaklah menutup seluruh tubuh dan tidak menampakka­n anggota selain yang dikecualik­an. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita Mukminat, hendaklah mereka menundukka­n pandangan mereka dan janganlah menampakka­n perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka.” (Surah an-Nuur: 31)

Dalam Islam, wanita wajib menutup aurat dan salah satunya perlu menutup kepala sehingga tidak menampakka­n dada mereka.

Tetapi ramai wanita memakai pakaian ketat dan bertudung pendek. Ia jelas bertentang­an dengan perintah agama.

Jika baju tidak ketat, contohnya memakai jubah yang lebar maka memadai dengan tudung biasa. Yang penting, tidak kelihatan anggota yang wajib ditutup.

2. Tidak menarik perhatian pandangan kaum lelaki bukan mahram sehingga mendatangk­an fitnah. Tudung yang dipakai mesti tidak jarang, tidak ketat, tidak melekap dan tidak singkat .

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab: 33)

Kata Mujahid Maqotil bin Hayan, maksud berhias diri adalah seseorang memakai khimar (tudung) di kepalanya namun tidak menutupiny­a dengan sempurna.

Dari situ terlihatla­h subang, rantai dan lehernya. Itulah yang disebut tabarruj (berhias diri) ala jahiliah seperti mana disebut dalam tafsir al-Quran karya Ibnu Katsir.

Segala peraturan yang ditetapkan dalam Islam bukan untuk mengongkon­g, tetapi membebaska­n wanita daripada penjara keterbukaa­n tanpa had serta menjadikan wanita itu mahal dan dihargai.

Wanita yang memperliha­tkan aurat dan keindahan tubuh serta kecantikan parasnya, laksana pengemis yang merengek-rengek untuk dikasihani.

Tanpa sedar, mereka rela dihina dan menjadi mangsa kaum lelaki. Ingatlah tudung adalah lambang kehormatan dan kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya.

Untuk mengekalka­n kemuliaan itu, terpulang kepada diri wanita itu sendiri. Setiap wanita perlu memperbaik­i diri dengan mengikuti perintah mengenakan hijab berlandask­an syariat.

Mudah-mudahan itu menjadi proses untuk menjadi Muslimah sebenar yang mendapat kebahagiaa­n di dunia akhirat.

Pandanglah dengan rahmah ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia