Harian Metro

Ibu bapa tolak pelawaan tinggal bersama

-

Saya anak kembar tiga dan diserahkan kepada ibu saudara sebaik dilahirkan. Ibu saudara membesarka­n saya seperti anak sendiri ibarat ‘menatang minyak yang penuh’.

Berbanding dengan adik-beradik lain, saya menikmati kehidupan lebih baik. Ibu saudara mempunyai cuma seorang anak perempuan yang muda enam tahun dari saya dan hubungan kami rapat seperti adikberadi­k kandung.

Masalahnya ialah ibu bapa saya hidup susah manakala ibu dan bapa angkat sudah meninggal dunia. Ketika hayat, mereka membeli dua rumah, satu di kampung dan satu lagi di bandar. Rumah di kampung diletakkan atas nama saya manakala rumah di bandar atas nama adik saya.

Isunya ialah ibu bapa kandung saya kehilangan tempat tinggal selepas anak mereka (juga adik kembar saya) menjual rumah yang mereka diami. Kini mereka menyewa dan terpaksa bekerja pada usia emas.

Saya terfikir untuk menjaga mereka tetapi mereka berdua sentiasa mengelak setiap kali saya katakan ingin bertemu. Ia membuatkan saya serba salah. Ada kala saya malu dan terasa seperti ‘terbuang’ kerana mereka tak berusaha pun mencari saya.

Saya memang terkilan tetapi apabila teringat pesan ibu dan ayah angkat untuk menghormat­i ibu dan ayah kandung, saya tebalkan muka.

Sebaliknya reaksi mereka sangat dingin dan rela hidup menumpang di rumah orang dengan menyewa bilik RM200 berbanding tinggal selesa di rumah kampung. Apa perlu saya lakukan, Dang Setia?

AIMAN Kuala Perlis Pasti ada sebab tertentu yang membuatkan ibu bapa kandung menolak pelawaan saudara. Biarpun mereka adalah ibu bapa kandung, disebabkan saudara dipelihara keluarga lain membuatkan ada jurang yang sukar dirapatkan.

Dang Setia tidak pasti sama ada jurang itu disebabkan ego atau rasa bersalah. Mungkin ibu dan bapa kandung saudara berasa segan untuk menyambut kebaikan anak yang tidak pernah dijaga, meskipun anak sendiri.

Sebaik-baiknya saudara teruskan usaha mengambil hati mereka. Cubalah jejaki di mana rumah sewa mereka dan ziarahilah ibu dan bapa kandung sekerap mungkin. Hulurkan juga bantuan berupa wang ringgit mengikut kemampuan saudara untuk meringanka­n beban mereka.

Setidak-tidaknya menerbitka­n perasaan ‘hangat’ kerana terasa diri dihargai meskipun mereka bukan yang membesarka­n saudara. Jangan lupa tanya khabar dan berusaha mencari peluang untuk membuatkan mereka selesa dengan saudara.

Dalam pada itu, banyakkan solat dan berdoa pada

Allah, supaya ibu dan bapa kandung boleh menerima kehadiran saudara dalam hidup mereka.

Kalau sambutan mereka tetap dingin, teruskan usaha.

Jangan putus asa selain mengingatk­an diri bahawa mereka ialah insan yang mesti disayangi dan dihormati.

Maka, hadapi kerenah mereka dengan sabar seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidaklah Allah menganuger­ahkan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” (HR Bukhari)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia