Harian Metro

Ketua suka bergurau keterlalua­n

-

Saya mempunyai ketua di pejabat yang suka berbangga diri. Sikapnya membuatkan saya hilang hormat terhadapny­a.

Dia gemar bergurau dengan staf perempuan bujang dengan katakata berbaur seksual. Itu membuatkan kami sering mengenakan baju tebal kerana mahu mengelak pandangan matanya yang tajam.

Saya tidaklah secantik dua rakan yang sering menjadi mangsa ketua saya. Mujurlah tidak menjadi sasaran tetapi saya simpati dengan rakan saya. Apa perlu kami lakukan Dang Setia?

SHEEN Kuala Lumpur

Isu gangguan seksual di tempat kerja sangat serius dan sebagai wanita, saudari dan rakan perlu tahu wujud peraturan yang melindungi wanita. Meskipun diucap dalam gurauan, perkataan berunsur seks yang membuatkan saudari dan rakan berasa terganggu tetap boleh dikira sebagai gangguan seksual.

Sebaik-baiknya, saudari dan teman bersemuka dengan ketua dan menyatakan pendirian. Namun bertemulah dalam ruang tertutup bagi menjaga maruah serta air muka saudari dan teman termasuk ketua itu.

Luahkan pandangan mengenai sikap serta bahasa tubuh yang dilihat keterlalua­n dan tidak wajar ditunjukka­n oleh seorang ketua. Nyatakan secara berterus terang bahawa anda berasa ia adalah gangguan seksual yang boleh diadukan kepada pihak atasan jika ia tidak dihentikan.

Jangan jadikan diri sebagai ‘beg pasir’ yang sanggup menghadapi apa juga layanan buruk atau gangguan. Lamakelama­an gangguan itu akan menjadi pencetus kepada masalah lain termasuk ‘kemurungan’ seandainya tidak ditangani seawal mungkin.

Jangan lupa dapatkan sokongan emosi dan menjalani rawatan susulan mengubati diri trauma dengan gangguan ketua ‘gatal’ itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia