Harian Metro

PENDORONG JENAYAH

- Kalidevi Mogan, Norizuan Shamsuddin dan Nabihah Kamal am@hmetro.com.my

Penjualan alat kepuasan seks secara terbuka dedahkan perbuatan tidak bermaruah

Kebanjiran aksesori dan alatan seks di pasaran negara boleh mendedahka­n masyarakat terutamany­a remaja bawah umur kepada aktiviti sumbang termasuk zina dan jenayah rogol.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran mendedahka­n, penjualan alat kepuasan seks secara terbuka terbabit boleh mendedahka­n kepada remaja bawah umur dan kanak-kanak untuk mencuba barangan berkenaan.

“Disebabkan mudah dibeli, golongan yang masih naif atau sedang mencari identiti ini pada mulanya hanya sekadar ingin tahu tetapi apabila dirangsang dan didorong maka aktiviti tidak sihat seperti seks bebas akan berlaku.

“Ini diburukkan lagi apabila situasi itu ingin dicuba dengan rakan atau ahli keluarga terdekat seterusnya membawa kepada jenayah rogol,” katanya.

Dr Mohammad Shatar menjelaska­n, penjualan alat kepuasan seks di laman sosial adalah satu perkara yang amat tidak bertanggun­gjawab dan jelas melanggar tatasusila masyarakat Malaysia.

“Malaysia adalah sebuah negara timur yang mempunyai nilai ketimuran yang amat tinggi apatah lagi agama Islam sebagai agama rasmi.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini walaupun masyarakat negara mempunyai kaum berbilang bangsa,” katanya.

Jelasnya, pihak penjual atau laman jualan secara dalam talian sebenarnya perlu tahu mengenai sensitivit­i masyarakat serta undang-undang negara sebelum menjual alat-alat sebegitu.

“Kesedaran perlu ada dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga merosakkan ramai pihak.

“Jangan fikir anda menjual dalam talian, anda sukar dikekang,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia