Harian Metro

TERLALU RINDU

- Nurul Hidayah Bahaudin news@nstp.com.my

 Ibu jatuh sakit akibat anak gadis tak pulang sejak setahun lalu

“Sejak dia menghilang­kan diri hampir setahun lalu, ibu kami jatuh sakit akibat terlalu rindukan dia,” kata Norin Niaz Akhtar, 26, kakak kepada Shareen Naz, 22, yang dilaporkan hilang sejak April tahun lalu.

Dalam kejadian jam 9 pagi pada 7 April tahun lalu, Shareen dikatakan keluar dari rumahnya di Desa Sri Puteri, di sini, untuk keluar bekerja sebagai kerani di Kuchai Lama, di sini, sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah hingga jam 6 petang hari sama.

Menurut Norin, adik perempuann­ya itu langsung tidak menghubung­i ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak dilaporkan hilang lebih setahun lalu.

Katanya, kehilangan Shareen menyebabka­n ibu mereka, Zarposhan, 54, jatuh sakit sejak lima bulan lalu.

“Sejak adik saya hilang, ibu kami sakit kerana terlalu rindukan dia. Malah, dia selalu termimpi-mimpi mengenai Shareen sehingga menyebabka­nnya sakit.

“Selepas hilang, Shareen langsung tidak menghubung­i kami walaupun kisah mengenai kehilangan­nya sebelum ini pernah dilaporkan di akhbar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norin berkata, sepanjang tempoh lebih setahun Shareen hilang, ahli keluarga berikhtiar mencarinya di sekitar Lembah Klang, namun masih gagal menemui gadis itu.

“Saya membuat keputusan memuat naik semula status mengenai kehilangan adik di media sosial selepas tidak ada sebarang perkembang­an berhubung kejadian itu.

“Kami sekeluarga sudah buntu dan tidak tahu apa lagi tindakan perlu dilakukan untuk mencari Shareen dalam keadaan ibu kami sakit,” katanya.

Norin berkata, dia merayu kepada Shareen supaya pulang ke rumah dan mereka bersedia menerima kehadirann­ya dengan hati terbuka.

“Shareen tidak perlu takut pulang ke rumah dan bimbang kami (keluarga) akan marahkan dia kerana kami sentiasa menunggu kepulangan­nya dengan hati terbuka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Shareen boleh menghubung­i saya di talian 010 7635246 atau memaklumka­n ke balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? SHAREEN Naz dilaporkan hilang sejak April tahun lalu.
SHAREEN Naz dilaporkan hilang sejak April tahun lalu.
 ??  ?? STATUS dimuat naik keluarga Shareen di media sosial.
STATUS dimuat naik keluarga Shareen di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia