Harian Metro

ELAUN NAIK RM2 LAGI

- Syed Umar Syed Ariff dan Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

Hargai pengorbana­n 3.06 juta anggota RELA

Kerajaan akan meningkatk­an elaun anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bermula tahun ini.

Malah kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan RM20 juta bagi membeli uniform digital baru anggota RELA menjadikan jumlah keseluruha­n RM120 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, peningkata­n kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbana­n 3.06 juta anggota serta pegawai RELA di seluruh negara.

“Dalam perjumpaan pada tahun 2012, saya menaikkan kadar elaun daripada RM4 kepada RM6 dan oleh sebab itu, dalam perjumpaan yang amat luar biasa kali ini, saya menaikkan lagi kadar elaun sebanyak RM2 lagi.

“Inilah keikhlasan kerajaan menghargai jasa RELA dan kita sebagai kerajaan tidak sesekali memperleke­h RELA. Ada orang perlekeh RELA tetapi kita tidak sebab RELA begitu dekat di hati kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Ke-46 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Najib berkata, RELA mencermink­an gagasan 1Malaysia kerana kepelbagai­an etnik dan kaum selain mempamerka­n kesepaduan sosial yang dapat dilihat melalui keanggotaa­nnya.

“Transforma­si RELA sudah kita lakukan, peranan semakin diperkukuh­kan bukan saja menjaga dalam majlis keraian tetapi kini menjaga sempadan, di Zon Keselamata­n Timur Sabah, penyeludup­an manusia, banjir dan tidak kurang penting ancaman kumpulan pengganas serta ekstremis,” katanya.

Pada perkembang­an lain, Najib berkata, Malaysia tidak akan sesekali mengamalka­n sikap apologetik kepada sesiapa termasuk negara Barat.

“Kita negara yang berdaulat dan kita tidak mahu sesiapa mencampuri urusan negara kita. Namun, Malaysia akan terus mengamalka­n sistem demokrasi yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tetapi, demokrasi bukan bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya. Kita lihat sehari dua ini ada perbuatan demikian melalui media sosial, tulisan tertentu, mereka ada agenda tertentu untuk kaut kekuasaan politik dan tidak memaparkan agenda nasional sebenar,” katanya.

Terdahulu, Najib memakaikan Pangkat Kehormat RELA kepada Ali sebagai dorongan untuk menarik lebih ramai penjawat awam menganggot­ai RELA.

Sambutan ulang tahun kali ini membabitka­n 41,000 anggota RELA dari seluruh negara.

 ??  ?? ANGGOTA RELA bersama Perdana Menteri pada Majlis Sambutan RELA ke-46 di MAEPS, Serdang, semalam.
ANGGOTA RELA bersama Perdana Menteri pada Majlis Sambutan RELA ke-46 di MAEPS, Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia