Harian Metro

TULIS WASIAT RM350

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

Orang ramai yang ingin membuat wasiat boleh mengambil peluang merebut diskaun penulisan wasiat sebanyak 35 peratus ditawarkan Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) sehingga 31 Mac ini.

Pengurus Jabatan Jualan dan Pemasaran AmanahRaya, Mohd Yazid Shuaib berkata, kos penulisan wasiat asas yang diuruskan AmanahRaya biasanya RM530.

“Promosi ini sempena Tahun Baru Cina dan diadakan selama dua bulan. Pelanggan yang ingin membuat wasiat asas kini hanya perlu membayar RM350.

“Sambutan baik diterima sepanjang promosi ini terutama masyarakat bukan Bumiputera kerana mereka sedar kepentinga­n wasiat,” katanya selepas sesi ceramah di Pameran Hartanah Myrumah, di Pusat Beli-Belah SACC di sini, semalam.

Beliau berkata, kesedaran

AmanahRaya tawar promosi selama dua bulan sempena Tahun Baru Cina

mengenai penulisan wasiat kurang memuaskan kerana stigma orang ramai terutama yang beragama Islam bahawa wasiat tidak menepati kehendak syarak.

Katanya, penulisan wasiat penting bagi memastikan kesinambun­gan pewarisan harta dan mengelakka­n harta tidak dituntut.

“Jika wasiat tidak dibuat, harta diuruskan sendiri oleh waris dan mereka perlu melalui beberapa proses panjang yang rumit kerana perlu berjumpa pelbagai pihak serta agensi untuk pengesahan.

“AmanahRaya hanya ambil masa tiga bulan menyelesai­kan proses wasiat jika dokumen lengkap dan tidak ada yuran tersembuny­i dikenakan,” katanya.

Mohd Yazid turut menasihatk­an orang ramai membuat wasiat bagi memastikan tiada masalah pembahagia­n harta timbul seterusnya memberi masalah kepada waris.

Selain itu, menurutnya, AmanahRaya menyasarka­n sejuta penulisan wasiat tahun ini berbanding sejumlah 980,000 penulisan tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia