Harian Metro

Tambah ilmu sebelum beli rumah

-

Shah Alam: Selain pameran hartanah, sesi perkongsia­n oleh penceramah dan pakar hartanah turut menjadi tarikan pengunjung Pameran Hartanah Myrumah di Pusat Beli-Belah SACC di sini, semalam.

Antara penceramah dan pakar hartanah terkenal yang mengadakan perbincang­an ialah Ahyat Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Akmal Nazim, Bella Leana, Amin Harith dan Amsyari Syakur dari Pejuang Hartanah.

Pelajar, Putera Mohd Zubir, 23, berkata, topik perkongsia­n serta sesi perbincang­an yang menarik tarikan utama dia ke pameran berkenaan.

“Sebagai pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancanga­n dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sesi ceramah seperti ini banyak memberi input kepada saya kerana saya juga berkemungk­inan memasuki bidang hartanah apabila tamat pengajian kelak.

“Tambahan pula, saya juga menjadi pembeli rumah selepas mendapat pekerjaan serta pendapatan stabil. Justeru, saya perlu ada pengetahua­n supaya tidak salah membuat keputusan,” katanya, semalam.

Dia berkata, jika ingin membeli rumah, dia melihat beberapa faktor antaranya lokasi serta nilai pasaran semasa.

“Lokasi penting kerana jika membeli rumah di kawasan Lembah Klang, nilainya sentiasa meningkat kerana ia sentiasa mendapat permintaan dan menguntung­kan sebagai pelaburan,” katanya.

Sementara itu,

pelajar, Abdul Rahim Hussin, 22, berkata, harga rumah yang bersesuaia­n dengan lokasi serta pelbagai kemudahan antara pilihannya.

“Rumah pertama tidak perlu terlalu mewah sebaliknya perlu selesa selain harga bersesuaia­n dengan kewangan pembeli yang kebanyakan­nya belum stabil dalam pelbagai sudut.

“Justeru, seseorang perlu ada pengetahua­n mengenai hartanah sebelum membeli rumah terutama kediaman pertama,” katanya.

 ??  ?? AMIN Harith memberi ceramah pada Pameran Hartanah Myrumah di Atrium SACC Mall, semalam.
AMIN Harith memberi ceramah pada Pameran Hartanah Myrumah di Atrium SACC Mall, semalam.
 ??  ?? PUTERA
PUTERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia