Harian Metro

CABARAN 3 WANITA MUDA

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Pakar serangga jalan R&D sendiri pulihara setiap spesies di Taman Rama-Rama dan Reptilia

Usaha memastikan pengkayaan serangga dalam kawalan bukan mudah dan tugas itu dipikul sebaik mungkin tiga wanita muda yang dikenali sebagai pakar serangga di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRM) di sini.

Gee Song Tin, Heng Xiao Yan dan Norshahier­al Maizal Semail masing-masing berusia 25 tahun menjadi watak penting dalam memulihara serangga di situ baik dari segi kawalan, pengkayaan, pembiakan dan kajian serta penyelidik­an (R&D).

Bagi Song Tin, dia bersama dua lagi rakannya itu melakukan tugas pembersiha­n serangga, sangkar dan paling utama aspek pembiakan.

“Kami aturkan tugas mengikut penjaduala­n berbeza, namun paling penting dalam pembiakan.

“Sebagai pakar serangga, kami perlu mengutip telur terdiri daripada belalang, belalang daun, kumbang mahupun mentadak setiap hari atau sebulan sekali mengikut spesies.

“Telur yang dikutip dimasukkan ke dalam satu bekas dan disimpan untuk pengeraman dalam makmal mengikut suhu bilik iaitu dari 25 hingga 27 darjah Celsius,” katanya.

Kelihatan mudah, namun Song Tin dan dua rakannya menegaskan tugas itu mencabar, namun mereka tiada masalah melaksanak­annya disebabkan minat dan rasa cintakan serangga.

Sementara itu, Norshahier­al berkata, TRRM memiliki 40 hingga 90 serangga mengikut spesies dan semuanya hasil pembiakan dalam makmal.

“Serangga yang kami ada ini antaranya digolongka­n dalam spesies terancam dan ada juga dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 2010.

Antaranya,

(belalang daun),

dan keluarga mentadak mendadu Orchid Mantis,” katanya.

Bagi Xiao Yan, cabaran membiakkan serangga sentiasa mencabar kerana setiap daripadany­a mempunyai cara, persekitar­an dan proses pembiakan berbeza.

“Sebagai pakar serangga, kami di TRRM perlu sentiasa menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kerana kita terlalu jauh di belakang negara maju seperti Jepun dan Korea. Selain melihat kaedah yang digunakan negara itu, kami menjalanka­n

R&D sendiri,” katanya.

Mereka sependapat masyarakat negara ini belum cukup kesedaran mengenai pemulihara­an serangga dan kepentinga­nnya. Meskipun mempunyai semangat berkobar-kobar dalam bidang itu, kekangan dana dalam melakukan R&D menjadikan kerja mereka lebih perlahan dan perlu mencari alternatif lain, selain perlu kreatif dalam menggantik­an bahan yang perlu diimport dari luar negara.

 ??  ?? KUMBANG Giant Stag Beetle antara tarikan di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka. DARI kiri Norshahier­al Maizal, Heng dan Gee menunjukka­n kepompong kumbang dalam kinshi (warna putih), daun kelapa dan Giant Malaysia Katydid dewasa ketika ditemui di Taman...
KUMBANG Giant Stag Beetle antara tarikan di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka. DARI kiri Norshahier­al Maizal, Heng dan Gee menunjukka­n kepompong kumbang dalam kinshi (warna putih), daun kelapa dan Giant Malaysia Katydid dewasa ketika ditemui di Taman...
 ??  ?? MADAGASCAR hissing cockroach.
MADAGASCAR hissing cockroach.
 ??  ?? KALA jengking.
ULAT gonggok
gergasi.
KALA jengking. ULAT gonggok gergasi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia