Harian Metro

MAKANAN KITAR SEMULA

- Agensi

Kehidupan di kawasan setinggan di Manila sangat sukar dan menyediaka­n makanan untuk keluarga pada setiap hari adalah cabaran yang besar.

Faktor ini yang menjadikan sejenis hidangan yang dikenali sebagai pagpag sangat popular dalam kalangan penduduk miskin di Filipina.

Pagpag bermaksud lebihan daging yang dikutip daripada tong sampah atau tempat pelupusan sampah sebelum ia dibersihka­n dan dimasak untuk dijadikan hidangan yang murah.

Daging itu menjadi makanan ruji penduduk setinggan di Filipina tetapi sejak beberapa tahun kebelakang­an ini ia menjadi sumber pendapatan lumayan untuk pencari barangan terpakai di tempat pembuangan sampah dan pemilik restoran kecil yang membelinya dengan harga murah sebelum dijadikan pelbagai hidangan.

Pencari barang terpakai yang sebelum ini hanya tertarik pada logam dan plastik untuk dikitar semula kini turut bersaing bersama kucing serta tikus untuk mencari lebihan makanan serta makanan tamat tempoh yang dibuang restoran makanan segera atau pasar raya.

Makanan itu kemudian dibungkus dalam beg plastik sebelum dijual dengan harga murah.

Satu bungkusan pagpag biasanya dijual pada harga 20 peso (RM1.50) dan cukup untuk restoran kecil di kawasan setinggan memasak pelbagai hidangan murah yang dijual pada harga 10 peso (RM0.75).

Sebelum ia dimasak, daging itu dibersihka­n daripada kotoran seperti tanah dan tulang dikeluarka­n.

“Dengan kehidupan seperti ini, ia sangat membantu. Apabila anda membeli satu bungkusan pagpag dengan harga yang murah ia mampu memberi makan kepada satu keluarga,” kata seorang penduduk setinggan.

Pagpag sebelum ini hanya usaha terakhir penduduk sekiranya

 Daging terbuang jadi sumber hidangan utama penduduk miskin

tiada apa untuk dimakan tetapi dengan harga makanan yang semakin mahal daging itu kini menjadi makanan harian kebanyakan keluarga.

“Ini sangat memalukan apabila orang miskin memakan makanan lebihan yang dibuang oleh orang kaya.

“Namun, ini satu bentuk ikhtiar hidup untuk mereka yang sangat miskin,” kata seorang pakar pembanguna­n sosial, Melissa Alipalo.

 ??  ?? SEORANG lelaki menunjukka­n daging yang dikutip dari tempat pembuangan sampah dan dibungkus untuk dijual semula sebagai makanan. - Agensi
SEORANG lelaki menunjukka­n daging yang dikutip dari tempat pembuangan sampah dan dibungkus untuk dijual semula sebagai makanan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia