Harian Metro

IDAM ANAK LELAKI

- Daily Mail

Seorang wanita yang baru melahirkan seorang bayi perempuan cedera teruk selepas wajahnya disimbah asid oleh suaminya yang terlalu marah kerana dia mahukan zuriat lelaki.

Farah Biwi, 25, mengalami lecur teruk pada muka, tangan dan perut akibat disimbah asid ketika tidur di rumahnya pada 7 Mac lalu yang secara ironi juga Hari Wanita Sedunia.

Pasangan itu berkahwin lapan tahun dan sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan.

Suaminya, Siraj Biwi, 32, yang mahukan zuriat lelaki dilaporkan sangat marah apabila anak kedua yang dilahirkan Farah juga adalah perempuan.

Farah yang masih menerima rawatan berkata, suaminya menyerangn­ya kerana gagal melahirkan anak lelaki selain masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwina­n mereka.

Menurut laporan media tempatan, polis di Moradabad di negeri Uttar Pradesh, masih memburu Siraj yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Suami dan keluarga mentua bencikan saya seolah-olah saya sengaja mahu melahirkan anak perempuan. Sejak setahun lalu keadaan lebih teruk dan saya sering didera.

“Suami juga kerap memaksa

 Suami simbah isteri dengan asid

kerana lahir bayi perempuan

saya meminta wang daripada keluarga, dan memukul saya jika enggan.

“Selepas melahirkan anak perempuan yang pertama, saya didera jauh lebih teruk. Saya cuba bertahan kerana memikirkan anak. Jika berpisah dengan suami, siapa akan menjaga kami?

“Namun saya tidak pernah menyangka dia sanggup menyimbah asid pada wajah saya. Saya tidak akan memaafkann­ya sampai bila-bila,” kata Farah.

Bagi kebanyakan masyarakat di Asia, zuriat lelaki dianggap penting kerana membawa nama keluarga.

 ??  ?? FARAH yang mengalami kecederaan
pada muka dirawat di sebuah hospital di Moradabad di negeri
Uttar Pradesh, India. - Agensi
FARAH yang mengalami kecederaan pada muka dirawat di sebuah hospital di Moradabad di negeri Uttar Pradesh, India. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia