Harian Metro

Bekas hakim siasat rusuhan anti-Islam

-

Colombo: Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena mengumumka­n siasatan terhadap insiden rusuhan anti-Islam itu yang memaksa pihak berkuasa mengisytih­arkan darurat di negara itu.

Kenyataan dikeluarka­n pejabatnya berkata, panel tiga hakim bersara akan menyiasat kegagalan undang-undang dan ketenteram­an di Kandy yang mengakibat­kan tiga kematian, 200 kecederaan selain kemusnahan lebih 200 perniagaan serta kediaman orang Islam dalam rusuhan empat hari yang akhirnya terkawal pada Khamis lalu.

Sebelas masjid juga dirosakkan atau dimusnahka­n sepenuhnya kumpulan penduduk Sinhalese, tetapi polis berkata, keadaan kini terkawal selepas tentera dikerahkan mengawal.

Perintah berkurung di daerah yang terletak 115 kilometer di timur Colombo, akhirnya ditarik balik pada subuh semalam tetapi tentera masih membuat rondaan bersama polis.

Kumpulan minoriti Islam Sri Lanka mengadakan solat Jumaat, kelmarin, di bawah kawalan ketat tentera di seluruh negara susulan kebimbanga­n serangan baru dilancarka­n. Bagaimanap­un, tiada sebarang kejadian berlaku, kata pihak berkuasa.

Ratusan sami Buddha dan aktivis melakukan bantahan di Colombo, mengutuk serangan anti-Islam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

Hampir 150 orang termasuk dalang kekacauan perkauman itu sudah ditahan polis.

Suspek utama adalah Amith Weerasingh­e, lelaki Sinhalese Buddha yang terkenal sebagai aktivis anti-Islam yang lantang menyuaraka­n pandangan di media sosial.

Kerajaan mengisytih­arkan darurat, Selasa lalu, selepas kekacauan menjadi semakin teruk susulan penemuan mayat seorang lelaki Islam dalam bangunan yang terbakar, sehari selepas seorang lelaki Sinhalese mati akibat kecederaan dalam serangan oleh sekumpulan lelaki Muslim. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia