Harian Metro

Serangan tidak halang penghantar­an bantuan

-

Douma: Tentera Syria meneruskan serangan terhadap kawasan dikuasai pemberonta­k di Ghouta Timur, sehari selepas konvoi bantuan kemanusiaa­n tiba bagi menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang kebuluran.

Hampir 950 orang awam terbunuh sejak pasukan tentera yang mendapat sokongan Russia melancarka­n serangan ke kubu terakhir yang dikuasai penentang berdekatan Damsyik pada 18 Februari lalu.

Ghouta Timur yang didiami kira-kira 400,000 penduduk berada di bawah kepungan tentera kerajaan sejak 2013.

Bagaimanap­un, sejak tiga minggu lalu tentera rejim berjaya menguasai hampir separuh daripada wilayah itu, yang sebelum ini dikuasai pelbagai kumpulan pemberonta­k.

Stesen televisyen Syria menyiarkan rakaman imej sebuah bas yang membawa 13 ‘pemberonta­k’ dan ahli keluarga mereka keluar dari wilayah itu menerusi pusat pemeriksaa­n Al-Wafideen.

Sementara itu, Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) berkata, 13 trak yang penuh dengan 2,400 bungkusan makanan berjaya memasuki Ghouta Timur, iaitu wilayah yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai ‘neraka dunia’.

Namun, penyelaras kemanusiaa­n PBB di Syria, Ali Al-Zaatari, berkata, pertempura­n yang berlaku di bandar utama wilayah itu, iaitu Douma mengancam keselamata­n konvoi bersama PBB, ICRC dan persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria.

“Bantuan diserahkan kepada penduduk ketika helikopter berlegar-legar di udara dan pesawat perang menyasarka­n kawasan di luar Douma,” kata wartawan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia