Harian Metro

MANGSA ASKAR PENCEN

- Reuters

 Tembak mati tiga tebusan lepas tawan pusat

perlindung­an tentera

Tiga tebusan wanita dan seorang suspek yang juga bekas askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas lelaki bersenjata itu menawan sebuah pusat perlindung­an veteran tentera di California kelmarin, kata pihak berkuasa.

Terdahulu, Senator Bill Dodd memberitah­u wartawan, lelaki bersenjata itu adalah penghuni Pathway Home, sebuah program untuk veteran tentera yang mengalami gangguan tekanan pasca trauma atau PTSD.

Tebusan yang terbunuh dipercayai adalah kakitangan di kemudahan berkenaan.

Insiden kepungan itu berlaku kurang sebulan selepas seorang bekas pelajar bersenjata­kan raifal membunuh 17 orang di sebuah sekolah menengah di Florida.

Veterans Home of California, di Yountville yang menempatka­n kira-kira 1,000 veteran tentera warga emas dan kurang upaya adalah kemudahan terbesar seumpamany­a di Amerika Syarikat.

Pathway Home terletak di bangunan berasingan dalam kawasan yang sama. Menurut sumber, penyerang bersenjata­kan raifal itu masuk ke bangunan Pathway Home pada jam 10.20 pagi (waktu tempatan) ketika penghuni lain mengadakan jamuan perpisahan untuk seorang kakitangan­nya.

Polis mengepung pusat perlindung­an itu selama hampir lapan jam sebelum menyerbu masuk.

“Anggota penguat kuasa menyerbu pusat perlindung­an itu pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan menemui mayat tiga tebusan wanita dan seorang suspek lelaki di sebuah bilik, disyaki digunakan untuk menahan tebusan.

“Ia adalah satu insiden yang amat menyedihka­n, yang kami harap tidak berlaku sama sekali,” kata peronda lebuh raya California, Kapten Chris Childs dalam satu sidang media.

Punca lelaki itu menawan pusat perlindung­an berkenaan masih dalam siasatan.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n dilihat masuk ke dalam bangunan di sebuah pusat perlindung­an veteran tentera di California yang ditawan seorang lelaki bersenjata kelmarin. - AFP
ANGGOTA keselamata­n dilihat masuk ke dalam bangunan di sebuah pusat perlindung­an veteran tentera di California yang ditawan seorang lelaki bersenjata kelmarin. - AFP
 ??  ?? SEORANG wanita ditenangka­n rakannya selepas keluar dari pusat perlindung­an itu yang ditawan lelaki bersenjata. - AFP
SEORANG wanita ditenangka­n rakannya selepas keluar dari pusat perlindung­an itu yang ditawan lelaki bersenjata. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia