Harian Metro

Tiada istilah hukuman ringan buat BWF

-

dua tiga hari lalu hati saya gusar memikirkan apakah nasib yang akan menimpa dua pemain negara yang sedang berdepan kes mengatur perlawanan.

Mengambil kira usia kedua-duanya yang masih muda, tak dapat saya bayangkan bagaimana masa depan mereka sekiranya Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) mengenakan hukuman berat iaitu penggantun­gan seumur hidup ke atas kedua-duanya.

Sudah pasti jika itu berlaku, maka gelap sudahlah masa depan kedua-dua pemain itu kerana mereka tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti badminton sepanjang tempoh penggantun­gan itu.

Difahamkan keputusan berhubung hukuman penggantun­gan itu akan diketahui dalam masa terdekat ini. Sedih. Itu saja yang mampu saya ungkapkan nasib yang akan menimpa kedua-dua pemain itu.

Saya tidak fikir BWF akan mempertimb­angkan hukuman lebih ringan ke atas mereka.

Oleh kerana ini adalah kes pertama di dunia membabitka­n aktiviti mengatur perlawanan dalam sukan badminton, sudah pasti BWF sudah mempunyai bukti secukupnya untuk menjatuhka­n hukuman.

Saya difahamkan siasatan terperinci BWF ke atas kedua-dua pemain itu sudah berlangsun­g bertahun lamanya.

Jadi pasti tiada kelomponga­n di mana-mana untuk BWF mula bertindak dan menjatuhka­n hukuman sekarang.

Seperti yang pernah saya tegaskan sebelum ini, andai kedua-dua pemain itu hendak membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara (CAS), ia hanya membuang masa dan menelan belanja besar.

Jadi mahu tidak mahu terima sajalah hukuman yang akan dikenakan kelak.

Tapi kalau rasa banyak duit dan berada di pihak yang benar, pergilah bawa kes ke CAS.

Bukan saya memaksa untuk terima keputusan, tapi percayalah peratusan untuk kedua-dua pemain itu memenangi kes di CAS nanti cukup tipis.

Jadi, daripada membuang masa dan wang, lebih elok kedua-dua pemain itu bermuhasab­ah diri.

Fikir balik segala kesilapan dan cuba perbetulka­n semula hala tuju hidup untuk menjadi seorang manusia yang dipandang lebih berguna. Jumpa

lagi!

 ??  ?? ZULFADLI
ZULFADLI
 ??  ?? TAN Chun Seang
TAN Chun Seang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia