Harian Metro

THE POCKET ROCKETMAN JADI INSPIRASI

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Azizulhasn­i pencetus Aieman lakar kejayaan dalam sukan berbasikal

Kejayaan Azizulhasn­i Awang membuatkan Muhamad Aieman Faruq Mohamad Yusri mahu berjaya seperti idolanya itu.

Biarpun tidak banyak kejayaan dilakarkan, Aieman mahu terus berusaha menjadi pelumba yang berjaya dalam sukan berbasikal.

Mula terbabit dalam sukan berbasikal sejak dua tahun lalu, Aieman berharap dapat terus melakar kejayaan demi kejayaan dalam sukan yang dicintainy­a itu.

Ikuti temu bual Aieman bersama Metro Ahad minggu ini.

Soalan (S): Apa yang mendorong anda menceburi sukan berbasikal?

Jawapan (J): Sukan berbasikal ini amat mencabar. Saya sukakannya kerana ia mampu mencabar kewibawaan saya untuk menjadi seorang altet yang lebih berdikari.

Sukan ini mencabar kemampuan diri saya untuk bersaing secara sihat. Selain itu sukan berbasikal ini mula berkembang dan populariti­nya semakin meningkat seiring dengan sukan lain seperti bola sepak. Tambah menarik jaguh basikal negara Azizulhasn­i Awang juga sudah bergelar juara dunia.

S: Velodrom Nasional di Nilai adalah velodrom bertaraf dunia, apa perasaan anda ketika kali pertama dapat beraksi di sana?

J: Saya rasa sangat bertuah dan kagum. Saya tidak menyangka dapat beraksi di sana dan berjaya menaiki podium ketika menyertai siri perlumbaan Junior Cycling bulan lalu.

Saya sangat berharap dapat melakar kejayaan lebih gemilang di pentas antarabang­sa di Velodrom Nasional nanti.

Justeru saya perlu berusaha keras dari sekarang supaya impian saya untuk menjadi pelumba profesiona­l yang berjaya dapat menjadi kenyataan.

S: Anda sudah berjaya menaiki podium jadi apa sasaran anda selepas ini?

J: Berjaya menaiki podium satu kepuasan bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam sukan ini. Tapi banyak lagi yang perlu saya pelajari dan lakukan.

Saya tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada sekarang ini. Saya perlu berusaha lebih keras lagi.

Apa yang perlu dilakukan adalah memperbaik­i penampilan berusaha bersungguh-sungguh supaya setanding dengan jaguh handalan yang lain.

S: Siapa idola anda dan mengapa anda menjadikan­nya sebagai idola?

J: Idola saya pastinya Azizulhasn­i Awang. Dia seorang pelumba yang hebat. Berjaya menjadi juara dunia dalam acara keirin. Saya harap saya mampu menjadi sehebat Azizul.

Azizul seorang pelumba yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Dia mengajar saya untuk terus berjuang.

Malah bentuk fizikal juga bukan satu penghalang untuk berjaya dan Azizul sudah

membuktika­nnya.

S:Apakah impian anda dalam sukan berbasikal ini?

J: Impian saya mahu terus berjaya dalam sukan berbasikal. Jika boleh saya mahu ke Olimpik. Tapi saya tahu banyak yang perlu saya lakukan.

Saya perlu terus berusaha keras dari sekarang. Sebab saya tahu untuk ke Olimpik bukan mudah. Banyak perkara yang perlu dikorbanka­n.

Terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Perak, @versussika_fxd dan Khairul Izzat kerana sentiasa membantu saya merealisas­ikan impian saya untuk bergelar pelumba basikal yang berjaya.

S: Antara acara trek dan lebuh raya mana yang lebih anda minat. Jika basikal trek menjadi pilihan, acara apa yang paling anda minati?

J: Saya minat acara keirin kerana Azizulhasn­i.

 ??  ?? AIEMAN (tiga dari kiri) menaiki podium bersama pasukannya.
AIEMAN (tiga dari kiri) menaiki podium bersama pasukannya.
 ??  ?? AIEMAN beraksi bersama pasukan di Velodrom Nasional.
AIEMAN beraksi bersama pasukan di Velodrom Nasional.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia