Harian Metro

SEMUANYA KERANA TOKYO

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Pada edisi Apeldoorn ini dapat dilihat banyak kebangkita­n pelumba muda yang membawa tahap persaingan sukan berbasikal trek ke satu aras baru.

Kebanyakan pelumba pilihan pulang awal pada kejohanan kali ini. Bagaimanap­un ini sesuatu yang positif untuk sukan ini kerana setiap atlet akan meningkatk­an usaha dan latihan untuk bersaing pada edisi seterusnya.

Kebanyakan pelumba muda yang bersinar pada kejohanan ini adalah yang tidak ke Oimpik Rio dan mereka giat berlatih secara berterusan untuk kejohanan ini berbanding mereka yang ke Olimpik 2016 akan bercuti SAUDARA Azizulhasn­i Awang, hasrat untuk mempertaha­nkan gelaran juara dunia keirin tidak kesampaian di Apeldoorn minggu lalu susulan tidak berada pada tahap 100 peratus akibat jangkitan virus.

Namun umum mengetahui bahawa matlamat utama adalah Sukan Olimpik Tokyo 2020. Bagaimana anda melihat persembaha­n pencabar lain pada Kejohanan Trek Dunia kali ini?

Masitah Omar, Kuala Lumpur.

selepas temasya besar itu serta perlu bermula daripada kosong.

Ini satu kitaran normal apabila selesainya temasya Olimpik dan memang dijangkaka­n. Peningkata­n tahap perlumbaan pada edisi kali ini membuatkan persaingan untuk mengumpul mata ke Olimpik Tokyo lebih menarik.

Sesi mengumpul mata bermula pada 6 Julai 2018 yang mana atlet perlu berentap dalam enam siri Piala Dunia untuk musim 2018-19 yang disusuli enam lagi siri Piala Dunia bagi musim 2019-2020 selain dua kejohanan

dunia.

Kami berada di landasan yang betul. Prestasi di kejohanan dunia kali ini terencat kerana saya dan Shah Firdaus Shahrom dijangkiti virus setibanya di Belanda, mungkin kerana keadaan cuaca sejuk melampau serta kemungkina­n badan kepenatan kerana perjalanan jauh dan perlumbaan.

Walaupun ada pelumba yang berada di hadapan kami baik dari segi catatan masa dan corak perlumbaan namun kami masih perlu mengikut perancanga­n rapi yang ditetapkan.

Perlu diingat, fokus utama dan objektif kami adalah untuk memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo dan bagi memastikan ia tercapai kami perlu membina persiapan secara rapi dan teratur dari semasa ke semasa.

Kami menggunaka­n kepakaran sains sukan dan sains teknologi sukan untuk mendapat ‘cutting edge’ dalam prestasi dan mencapai tahap terbaik pada waktu yang betul.

Secara umumnya, boleh dikatakan kami berada di landasan yang betul dan setiap sasaran yang diletakkan sudah kami capai sama ada dari segi latihan mahupun perlumbaan.

 Azizul gagal pertahan gelaran juara dunia di Apeldoorn

 ??  ?? KETUA jurulatih basikal trek negara, John Beasley terus melatih Azizul.
AZIZUL (kiri) bersaing dalam acara keirin pada Kejohanan ACC bulan lalu.
KETUA jurulatih basikal trek negara, John Beasley terus melatih Azizul. AZIZUL (kiri) bersaing dalam acara keirin pada Kejohanan ACC bulan lalu.
 ??  ?? AZIZUL kini buat persiapan untuk raih pingat emas di Olimpik Tokyo.
AZIZUL kini buat persiapan untuk raih pingat emas di Olimpik Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia