Harian Metro

HANYA SEKEJAP

- AFP

 Woods letak nama sebagai pendahulu sebelum dipintas

T(gambar)

iger Woods berjaya meletakkan namanya sebagai pendahulu sekali lagi walaupun hanya seketika, mencetus keceriaan dalam kalangan penyokong dan meletakkan­nya dalam kedudukan memburu kejuaraan pada Kejohanan Valspar yang didahului Corey Conners.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang bermain kejohanan keempatnya dalam Jelajah PGA AS sejak kembali Januari lalu berikutan pembedahan belakang April tahun lalu, mencatat tiga bawah par 68 bagi keseluruha­n empat bawah par 138.

Ia sudah cukup buatnya untuk berkongsi sebagai pendahulu sementara namun akhirnya ketinggala­n dua pukulan di belakang pemain rookie dari Kanada, Conners, pendahulu semalaman yang merakam 69 bagi 136.

Woods hampir melakar catatan sempurna hanya bogey pada lubang terakhir, lubang kesembilan par-empat di Innisbrook Resort utara Tampa, Florida, menghalang­nya daripada mendahului sementara secara berseorang­an.

Dia terikat dengan pemain England, Paul Casey dan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Brandt Snedeker, Ryan Palmer dan Kelly Kraft.

“Saya berada di atas sana. Saya tidak fikir akan mendahului (pada akhir hari ini) tapi sekurang-kurangnya saya berada di sana dengan peluang melangkah ke hujung minggu,” kata Woods yang memulakan saingan dengan berkongsi tangga kelapan, ketinggala­n tiga pukulan berbanding pendahulu.

“Hari yang baik. Pada awalnya sejuk dan kemudian angin bertiup. Ia tidak konsisten, sudah untuk menentukan dari mana arahnya. Saya banyak berteka-teki, ada yang tepat tapi ada kalanya tertipu beberapa kali.”

Woods memulakan pukulan pada lubang ke-10 dan melakukan putt pada lubang ke-12 dan 13 dan mencatat birdie pada lubang kedua.

Sebaik pukulannya jatuh di bunker pada lubang kelima, Woods membuat pukulan sejauh lima kaki dan kemudian melakar birdie untuk lima bawah par keseluruha­n yang meletakkan mendahului saingan.

Dia mencatat par pada lubang ketujuh dengan putt sejauh tujuh kaki namun percubaan pukulan pada lubang terakhir tidak menjadi.

“Saya tidak tahu jika saya mendahului berseorang­an,” kata Woods. “Sewaktu melepasi lubang pusingan ia menunjukka­n 68 pukulan dan empat bawah par.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia