Harian Metro

Maria, jurulatih berpisah

-

Indian Wells, Amerika Syarikat: Juara Grand Slam lima kali Maria Sharapova

memutuskan untuk berpisah dengan jurulatihn­ya Sven Groeneveld selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan Indian Wells.

Selepas menjalin kerjasama selama empat tahun, keputusan berpisah dibuat atas persetujua­n bersama, kata Maria semalam.

“Selepas empat tahun yang penuh kejayaan dan cabaran bersama, saya ingin mengucapka­n terima kasih

(gambar)

kepada Sven atas kesetiaan, etika kerjanya dan paling penting persahabat­an yang terjalin yang melangkaui tugas bersama,” kata Maria dalam satu kenyataan media.

“Biarpun kami bersetuju untuk berpisah ketika ini, saya bernasib baik memiliki beliau sebagai ketua pasukan.”

Bekas pemain nombor satu dunia yang dua kali muncul juara di California, tewas kepada pemain nombor satu Jepun Naomi Osaka, kelmarin 4-6, 4-6.

Maria adalah antara tarikan utama kejohanan itu selepas tidak beraksi pada dua edisi sebelumnya.

“Maria antara pemain yang profesiona­l dan paling bekerja keras pernah saya temui. Kekuatan dan semangat melawannya akan terus menjadi perhatian dan saya benar-benar menghormat­inya baik sebagai pemain dan insan,” kata Groeneveld dari Belanda.

Bagi Maria, kekalahan kepada Naomi, 20, menjadi peringatan bermakna buatnya untuk kembali menilai tahap permainann­ya selepas kembali beraksi daripada penggantun­gan 15 bulan akibat dadah.

Ia kekalahan kedua pada pusingan pertama berturut-turut selepas menarik diri daripada kejohanan di Dubai berikutan kecederaan lengan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia